Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022

Perancis, Portugal menang untuk ke puncak kumpulan

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Antoine Griezmann menjaringkan dua gol untuk membantu Perancis menewaskan Finland 2-0 dan mencatat kemenangan pertama dalam tiga perlawanan.



Perancis, juara dunia bertahan, terpaksa mengejar perlawanan selepas ketinggalan dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia sebelum ini, menentang Bosnia Herzegovina dan Ukraine.



Namun, kemenangan bagi pasukan bergelar Les Bleus itu semalam lebih pasti, selepas Griezmann membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama.



Beliau menggandakan jaringan pada awal separuh masa kedua, apabila rembatannya menyusup masuk ke dalam gawang dari sudut sukar.



Griezmann menarik perhatian baru-baru ini selepas beliau meninggalkan Barcelona untuk menyertai semula Atletico Madrid.



Beliau belum menyarung jersi Atletico dalam perlawanan kompetitif, tetapi telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan antarabangsa dalam tempoh sama.



Kemenangan itu bermakna Perancis kini mendahului Kumpulan D dengan 12 mata daripada enam perlawanan, lebih tujuh mata berbanding Ukraine di tempat kedua.



Satu lagi pasukan yang mendaki ke puncak kumpulan kelayakan ialah Portugal, selepas ia menewaskan Azerbaijan 3-0.



Namun, kelayakan ke pusingan seterusnya masih bukan suatu yang pasti bagi Portugal dengan pesaing terdekatnya Serbia hanya berada dua mata di belakang.



Gol Portugal dijaringkan oleh pemain Manchester City Bernardo Silva, sebelum Andre Silva menggandakan jaringan.



Pemain Liverpool Jota menjamin kemenangan bagi pasukannya selepas beliau menanduk masuk gol ketiga.



Kapten dan pemain azimat Portugal Cristiano Ronaldo tidak beraksi kerana digantung satu perlawanan.



Serbia pula, yang sebelum perlawanan semalam mempunyai sama mata dengan Portugal, terjatuh ke tangga kedua selepas ia hanya mampu seri 1-1 dengan Ireland.



Hanya satu pasukan boleh melayakkan diri secara automatik dari Kumpulan A.



Dalam Kumpulan F pula, Scotland menyemarak peluangnya melayakkan diri ke Piala Dunia selepas ia menewaskan Austria 0-1 di tempat lawan.



Wira pasukan ialah Lyndon Dykes, yang menjaringkan penalti selepas pengadil menggunakan sistem penolong pengadil maya (VAR) untuk memberikan penalti itu.



Menyusuli itu, Che Adams hampir menggandakan jaringan bagi Scotland, tetapi perlawanan kekal 1-0 hingga wisel penamat.



Jika perlawanan antara Scotland dan Austria kekurangan gol, perlawanan Kumpuan G antara Belanda dan Turkey berpesta gol.



Belanda menjaringkan enam gol - yang pertama seawal minit pertama - untuk menewaskan Turkey 6-1.



Begitu juga dalam perlawanan kedua kumpulan tersebut, antara Norway dan Gibraltor.



Erling Braut Haaland menjaringkan hatrik untuk membantu Norway menang 5-1.



Haaland kini telah menjaringkan 11 gol dalam lapan perlawanan bagi kelab dan negaranya sejak musim bermula. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >