Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
3

ISU LIGA-S

'Perang mulut' diperjelas

CEO Liga-S nafi ada perbalahan besar semasa mesyuarat dengan pengerusi kelab Liga-S
Apr 23, 2015 | 05:30 AM

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Liga-S, Lim Chin, semalam tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar sebagai mengulas laporan yang mendakwa tercetusnya "perang mulut" semasa mesyuarat antara pegawai kanan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dengan pengerusi-pengerusi kelab liga setempat itu pada Isnin lalu, seperti yang diterbitkan akhbar The Straits Times (ST) semalam.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu, "suara-suara lantang" kedengaran dalam perbincangan apabila para pengerusi kelab itu menyentuh mengenai masa depan kejohanan yang melibatkan 10 pasukan itu yang semakin kurang mendapat sambutan - lebih-lebih lagi dengan 'penghijrahan' para pemain nasional yang beraksi dengan LionsXII dalam Liga Super Malaysia (MSL).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3