Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN ASIA

Perenang negara Amanda bangkit kerana "tugas belum selesai

Aug 17, 2018 | 05:30 AM



PERENANG negara Amanda Lim bangun pada pukul 4.45 pagi hampir setiap hari dan mula berlatih di kolam renang kurang sejam selepas itu.



Sekitar 6 pagi pula, kadar degupan jantung sudah mencapai 180 degupan seminit.



Mengapa beliau lakukan demikian?



Ini kerana masih ada tugas yang belum diselesaikan, kata wanita berusia 25 tahun itu.



Semasa menghadapi beberapa cabaran sekitar dua tahun lalu, beliau mendengar frasa "tugas yang masih belum selesai" daripada seorang teman dan ini mendorongnya menetapkan satu matlamat bagi dirinya, iaitu memperbaiki masa peribadi terbaiknya - 25.38 saat - dalam acara renang gaya bebas atau freestyle 50 meter.



Dua tahun lalu, beliau kecewa selepas gagal melayakkan diri bagi temasya Olimpik Rio.



Namun apa yang membuatnya rasa lebih kecewa adalah beliau juga gagal melayakkan diri bagi Olimpik di London pada 2012, lapor akhbar The Straits Times.



Oleh itu, Lim mula mempertimbangkan secara serius untuk mengundur diri daripada sukan itu pada 2016.



Namun selepas berbincang dengan temannya Valerie Teo yang juga bekas pemain bowling negara, beliau berubah fikiran.



"Saya rasa seperti tidak mahu terus berenang lagi dan saya beritahunya (Teo).



"Dan beliau bertanya kepada saya sama ada saya rasa masih ada tugas yang belum selesai dalam sukan renang yang saya sertai itu.



"Itulah yang membuat saya terfikir kerana saya rasa masih ada perkara yang saya ingin lakukan yang saya belum capai," kata Lim.



Frasa "tugas yang masih belum selesai" yang diucapkan Teo itu mendorong Lim untuk mempertimbangkan semula keputusannya untuk mengakhiri kerjaya renangnya sepanjang 13 tahun itu.



"Itu benar-benar mengubah fikiran saya dan saya putuskan kedudukan saya sekarang bersebab.



"Saya akan akhiri apa yang saya mulakan dan saya akan mengakhirinya dengan baik," ujar juara lima kali bagi acara renang gaya bebas 50 meter dalam Sukan SEA itu.



Dengan matlamat itu, Lim terdorong berkorban dan bangun awal setiap pagi untuk berlatih agar dapat memperbaiki masa peribadi terbaiknya dalam Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta dari 18 Ogos hingga 2 September.



Menurutnya, beliau sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak mensia-siakan masa dan usahanya demi mencapai matlamatnya itu.



Lim juga yakin beliau kini berada di kedudukan yang baik untuk mencapai masa peribadi terbaik yang baru di Jakarta, hampir 10 tahun selepas mencatat masa peribadi terbaik 25.38 saat buat kali pertama.



Beliau juga berkata beliau rasa seperti orang yang berbeza, menyertai Sukan Asia ketiganya tahun ini.



Sukan Asia diadakan setiap empat tahun.



"Bagi dua Sukan Asia sebelum ini, saya mengambil bahagian tanpa matlamat, jadi saya rasa seperti orang yang berbeza.



"Kali ini, saya ingin ke sana dan memastikan saya dapat mencapai masa yang sewajarnya untuk membuktikan bahawa usaha saya bangun awal setiap pagi berbaloi.



"Kini, keinginan saya untuk mencapai matlamat itu lebih kuat dan saya ingin mencapai masa peribadi terbaik yang baru kerana itulah tugas saya yang masih belum selesai," ujar Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >