ANDAI berjaya menduduki dua tempat teratas bagi acara renang 10,000 meter anjuran Persatuan Renang Singapura (SSA) hari ini, Azri Zuhairi Mohamed Azman akan melangkah setapak lebih dekat bagi merealisasikan impiannya mewakili Singapura.
Perenang jarak jauh penuh potensi itu akan cuba melayakkan diri bagi Sukan SEA yang akan diadakan pada Ogos ini di Kuala Lumpur.