PADA akhirnya, pemain badminton nasional Loh Kean Yew terpaksa akur akan kehebatan pemain badminton Nombor 2 dunia, Viktor Axelsen, dalam peringkat akhir perlawanan Terbuka Indonesia pada Ahad (28 November).
Loh, 24 tahun, yang disenaraikan sebagai pemain Nombor 26 dunia tewas 21-13, 9-21, 21-13 kepada Axelsen, 27 tahun, bintang badminton dari Denmark.
Sebelum ini, Loh pernah menumpaskan pesaing hebat iaitu pemain Nombor 1 dunia, Kento Momota di ambang acara peringkat akhir Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) World Tour Super 1000 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali yang menelan belanja $1.16 juta.
Juara perlawanan Terbuka Indonesia, Axelsen, juga pernah memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo pada Ogos lalu.
Tewasnya Loh dalam perlawanan ini bermakna musnahlah harapannya untuk bergelar pemain lelaki Singapura pertama yang layak ke penamat musim peringkat akhir BWF yang akan berlangsung minggu depan juga di Bali.
Kalau Loh menang pada Ahad, beliau akan mengambil-alih tempat pemain Thai yang merupakan Nombor 22 di dunia, Kunlavut Vitidsarn.
Bagaimanapun, prestasinya di Bali merupakan penampilan terbaik pemain badminton Singapura sejak kemenangan Ronald Susilo di acara Terbuka Jepun pada 2004. - The Straits Times