Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perisai Masyarakat: Dua gol Kim bantu Sailors tewaskan Albirex 2-1

Feb 19, 2022 | 08:54 PM



Dua gol penyerang baru Kim Shin-wook membantu juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors meneruskan keunggulan mereka dalam bola sepak setempat selepas mereka berjaya menundukkan Albirex Niigata 2-1 pada Sabtu (19 Februari) untuk menang trofi pertama yang dipertaruhkan musim ini, Perisai Masyarakat AIA 2022.



Di Stadium Jalan Besar yang penuh dihadiri 983 penonton petang tadi, perhatian tertumpu pada pertarungan antara dua bintang penyerang baru daripada kedua-dua pasukan, yang ditandatangani musim ini.



Bahagian depan Sailors diterajui Kim, penyerang antarabangsa Korea Selatan yang telah menjaring lebih 100 gol dalam K-League.



Sementara itu, Albirex tidak kurang hebat dipimpin bekas penyerang antarabangsa Jepun, Tadanari Lee, yang pernah menjaringkan gol kemenangan bagi negaranya di final Piala Asia AFC pada 2011.



Kedua-dua pemain berpengalaman itu membuat penampilan sulung mereka dalam bola sepak Singapura pada petang ini.



Namun, antara mereka berdua, Lee, 36 tahun, adalah yang pertama untuk menunjukkan taringnya.



Albirex dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-14 dan Lee, dengan tenang menyempurnakan tendangan itu, untuk meletakkan pasukannya di depan.



Sailors kemudian bangkit sebelum waktu rehat apabila Kim, 29 tahun, yang setinggi 1.98 meter, menanduk masuk hantaran lintang Tajeli Selamat untuk menyamakan kedudukan.



Persaingan dalam babak kedua menjadi sengit dengan kedua-dua pasukan mengetahui bahawa hanya satu lagi gol yang diperlukan untuk menjamin kemenangan.



Gol kemenangan itu berpihak kepada Sailors apabila rembatan ‘overhead’ Kim pada minit ke-87 membolosi gawang Takahiro Koga, penjaga gawang terbaik SPL musim lalu.



Dengan kemenangan petang ini, ia pastinya menjadi perangsang untuk Sailors mempertahankan gelaran liga mereka musim ini.



Medan persaingan musim terbaru SPL akan bermula pada Jumaat ini (25 Februari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >