MANCHESTER (United Kingdom): Pertemuan antara Manchester United dengan Manchester City dinihari menjanjikan persaingan yang sengit - bukan sahaja untuk mempertahankan maruah masing-masing tetapi juga peluang untuk kededua kelab memperkukuh kedudukan dalam liga.
City berjuang untuk merampas kedudukan di puncak Liga Perdana England daripada Liverpool, dengan 12 mata maksimum daripada baki empat perlawanan akan menjamin statusnya sebagai juara bertahan.