BOLA sepak setempat mungkin hilang 'seri tarikannya' sejak kebelakangan ini tetapi musim baru Liga-S tahun ini diharap dapat menarik peminat semula dengan pengumuman bahawa perlawanan pembukaan tirai akan diadakan di Stadium Negara.
Pertarungan pembukaan itu - yang secara tradisi turut memperagakan trofi pertama musim baru, Perisai Masyarakat - dijadualkan pada 26 Februari ini.