Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Permulaan cemerlang bagi SPL musim 2021

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



AKSI bola sepak Liga Perdana Singapura (SPL) membuka tirainya hujung minggu lalu dengan beberapa perlawanan yang sengit dan cukup bertenaga.



Dua kelab yang dilihat sebagai pesaing utama merebut takhta musim ini - Lion City Sailors dan Tampines Rovers - mempamerkan aksi cemerlang dengan kedua-dua pasukan saling balas membalas serangan, dalam perlawanan pembukaan Sabtu lalu yang berakhir dengan keputusan 3-3 di Stadium Jalan Besar.



Meskipun perlawanan terpaksa ditangguhkan sekitar 70 minit disebabkan cuaca buruk, ia tidak menghambat pasukan tuan rumah, yang beraksi tanpa dua penyertaan baru mereka - pemain pertahanan Jorge Fellipe dan pemain tengah bernilai $3 juta, Diego Lopes - dari memulakan perlawanan dengan langkah kanan.



Pemain tengah Song Ui-Young, membuka tirai jaringan pada minit kelima sebelum pemain terbaik musim lalu, Gabriel Quak melebarkan jurang hanya seminit kemudian.



Dua serangan pantas itu tidak sedikitpun mematahkan semangat pasukan 'The Stags'.



Walaupun rayuan untuk diberikan sepakan penalti tidak diendahkan, setelah Tajeli Salamat dikasari pada minit ke-17, Tampines bangkit dua minit kemudian dengan menjaringkan gol pertama mereka musim ini menerusi Madhu Mohana.



Quak dan Song melepaskan peluang terbaik untuk meletakkan pasukan kendalian Aurelio Vidmar di hadapan sebelum tamat separuh masa pertama.



Quak sekali lagi meletakkan Sailors di hapadan pada minit ke-58, namun kapten pasukan Tampines, Yasir Hanapi memastikan pasukannya masih mempunyai harapan untuk merebut mata dalam perlawanan tersebut dengan gol pada minit ke-63.



Hantaran lintang Yasir, lima minit kemudian menemukan sasarannya di dalam gawang lawan selepas gagal diselamatkan Hassan Sunny.



Kedua-dua pasukan terlepas beberapa peluang yang jelas untuk meraih kemenangan yang dramatik, dan keputusan seri itu dilihat sebagai sesuatu keputusan yang wajar oleh kedua-dua jurulatih.



Aurelio berkata: "Kami bermula dengan cemerlang dan pengiktirafan perlu diberikan kepada Tampines kerana berjaya bangkit dalam perlawanan ini.



"Saya tidak kecewa kerana inilah bola sepak. Saya cukup gembira dengan persembahan bagi perlawanan pertama kami dan kami hanya akan menjadi lebih kuat sepanjang musim ini berlalu."



Bagi jurulatih Tampines, Gavin Lee, beliau berkata perlawanan yang cukup sengit itu menunjukkan tahap saingan SPL musim ini.



"Saya gemar perlawanan menentang Sailors kerana kami adalah dua pasukan dengan niat dan rancangan yang jelas untuk bermain bola sepak yang positif.



"Kami seharusnya kecewa dengan bagaimana kami memulakan permainan ini tetapi bangga dengan bagaimana kami tetap tenang dan terus melaksanakan rancangan permainan kami," ujar Lee.



Dalam perlawanan lain, pemain baru Albirex Niigata, Kiyoshiro Tsuboi memulakan penampilan sulungnya dalam SPL dengan cemerlang selepas membantu pasukannya menundukkan Hougang United 3-1.



Penyerang berusia 21 tahun itu telah menetapkan sasaran untuk mencapai angka berganda pada musim pertamanya di SPL dan menunjukkan bahawa ianya mungkin merupakan sasaran yang konservatif setelah dua jaringannya di Stadium Jurong East memastikan juara bertahan itu mengumpul kesemua tiga mata.



Pasukan Jepun mendahului pada minit ke-25 sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-39 menerusi Takahiro Tezuka.



Hougang merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama dengan jaringan dari pemain midfield Jarrel Ong, namun Tsuboi memastikan kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan.



Sementara itu, dalam perlawanan kelmarin, Geylang International menundukkan Tanjong Pagar 2-1, manakala Young Lions turut menunjukkan aksi memberangsangkan selepas seri 3-3 dengan Balestier Khalsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >