MELBOURNE: Litar Albert Park di Melbourne, Australia, lengang sahaja hujung minggu lalu selepas Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) pembuka tirai di sana dibatalkan, akibat penularan koronavirus.
Seorang kru pasukan McLaren telah dikenal pasti dijangkiti Covid-19 dan pasukan yang lain difahamkan membuat keputusan tidak berlumba, menurut laporan BBC.