Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014: TIGA KUMPULAN MAUT

Persaingan tiga penjuru?

Sebanyak 32 pasukan yang bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia dibahagikan kepada lapan kumpulan. BERITA MINGGU meramal pasukan yang mampu melangkah ke pusingan seterusnya.
Jun 09, 2014 | 02:09 PM



KUMPULAN B


JUARA dan naib juara kumpulan ini sukar diramal walau ia memuatkan dua pasukan terbaik dari Piala Dunia 2010 - Belanda dan Sepanyol.


Sepanyol telah memenangi ketigatiga pertandingan utama yang disertainya sebelum ini - dua kejohanan Eropah dan Piala Dunia 2010 - dan sebagai juara bertahan adalah pasukan pilihan mara ke peringkat selanjutnya dari Kumpulan B. Tentu juga, raja tiki taka ini antara pesaing utama merebut mahkota dunia kali ini.


Namun, sejarah tidak menyebelahi Sepanyol, mahu pun Belanda.


Sejak 1930, tiada kelab Eropah yang pernah menjulang Piala Dunia apabila ia dimainkan di Amerika Selatan.


Selain mengatasi sejarah, Sepanyol juga perlu mengatasi cabaran yang dibentangkan oleh Belanda, Chile dan Australia.


Belanda, seteru Sepanyol dalam final Piala Dunia 2010, mempunyai dorongan tambahan membalas dendam dan menebus kekecewaan empat tahun lalu dalam perlawanan pembukaan.


Sementara itu, Australia ialah negara paling corot di ranking dunia di Brazil dan tidak dijangka mencabar Sepanyol atau Belanda.


Namun Chile, yang dipimpin oleh Jorge Sampaoli boleh meranapkan impian negara Eropah dalam kumpulan ini.


Perlantikan Sampaoli yang mempelopori cara permainan pantas merangkumi hantaran ringkas ke kaki, menarik ditonton dan berkesan membolosi pertahanan lawan. Pasukan juga seimbang. Sementara berkesan semasa menyerang, Chile atau nama gelarannya La Roja, juga perkasa apabila bertahan.


Tunggak pasukan ialah Arturo Vidal, 27 tahun, yang baru sahaja menjalani pembedahan lutut, tetapi menyerlah menjadi juara Serie A, Juventus musim lalu.


Jika Vidal bersinar, jangkakan persaingan tiga penjuru antara Sepanyol, Belanda dan Chile merebut dua kedudukan teratas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >