Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persatuan pengadil sertai Perses

Oct 20, 2014 | 01:43 PM



PENGADIL di bawah naungan Persatuan Pengadil Sepak Takraw (SUA) kini sudah boleh mengadili perlawanan dalam pertandingan setempat 'tanpa ragu-ragu' apabila persatuan itu mengambil langkah "merapatkan saf" dengan mengikuti kursus bagi mendapatkan pentauliahan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses).


Pentauliahan tersebut diumumkan Setiausaha Agung Perses, Abdul Halim Kader, pada hari kedua Kursus Kejurulatihan anjuran badan penyelaras sepak takraw itu bagi seramai 22 pengadil SUA di Pusat Kecemerlangan Sepak Takraw di Bedok Khamis lalu.


Dengan pentaulihan tersebut, pengadil SUA bukan sahaja boleh mengendalikan semua kejohanan setempat, malah akan diundang mengadili dan menjadikan kakitangan sokongan pertandingan di peringkat serantau dan antarabangsa.


SUA, yang terdiri daripada seramai 40 pengadil, menghantar 22 anggotanya mengikuti kursus pertama itu. Ia merancang menghantar 18 lagi pengadilnya bagi kursus akan datang.


Pengadil SUA sebelum ini terlibat dalam pertandingan anjuran Persatuan Jurulatih Sepak Takraw (SCA), seperti pertandingan Liga Masyarakat NTUC Income, dan pertandingan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >