Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAK TAKRAW

Perses iktiraf tokoh dan penggiat sepak takraw

May 29, 2017 | 05:30 AM



PENCAPAIAN dan sumbangan mereka dalam perkembangan sepak takraw Singapura tiada tolok bandingnya.



Jasa mereka akan terus dikenang meskipun ada antara mereka yang telah pun bersara daripada sukan ini kerana usia yang semakin tua.



Bagi memperingati jasa golongan yang pernah giat menghidupkan sepak takraw, Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) telah mengiktiraf tokoh yang suatu ketika dahulu pernah memperjuang sukan ini dalam satu majlis anugerah penuh gah dan meriah pada 20 Mei lalu.



Majlis yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Perses itu merupakan majlis anugerah yang ketiga pernah diadakan persatuan sepak takraw setempat itu.



Seramai 150 hadirin diundang bagi menyemarakkan majlis tersebut yang turut menjadi wadah mengeratkan lagi pertalian silaturahim dalam kalangan generasi lama dan baru sambil memberi peluang mengimbas semula pencapaian mereka dalam sukan itu.



Turut hadir pada majlis tersebut ialah Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol dan Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, selaku tetamu terhormat yang menyampaikan anugerah dan sijil kepada tokoh tersebut.



Antara anugerah yang diberikan termasuk Anugerah Kecemerlangan, Anugerah Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Lama.



Seorang pemain perintis skuad sepak takraw nasional yang diiktiraf pada majlis itu, Salim Nahrawi, 71 tahun, berasa amat bersyukur diberikan penghargaan tersebut.



Bekas pemain era 1960-an dan awal 1970-an dan juga pernah menjadi jurulatih bagi skuad Singapura itu berkata: "Anugerah yang diadakan Perses ini merupakan satu daya usaha yang amat baik.



"Ini menunjukkan bahawa Perses masih menghargai dan mengenang jasa pemain serta jurulatih lama di Singapura."



Beliau turut merasakan majlis sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara tokoh lama dengan baru sukan itu.



Bersama-sama beliau yang menerima anugerah ialah beberapa bekas pemain nasional seperti M. Said Yusop, Ahmad Tapri, Mohd Shukor Shadik, Salleh Nanang, Nurisham Adam dan jurulatih skuad Singapura, Padzli Othman.



Bagi pemain terbaik 1980-an, Shukor Shadik, anugerah sebegini dapat memberi rangsangan kepada pemain muda lain agar terus menabur bakti kepada sukan sepak takraw setempat ini.



"Menerusi anugerah yang diberikan Perses bagi menghargai sumbangan pemain perintis dan jurulatih lama, ia sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat dalam diri pemain baru supaya memberikan yang terbaik bagi sukan ini," ujarnya.



Presiden Perses, Abdul Halim Kader, pula berkata setiap kejayaan yang pernah diraih Perses merupakan usaha sama serta sumbangan besar yang dibuat tokoh-tokoh itu.



"Sebagai presiden Perses, menjadi tanggungjawab saya menyampaikan anugerah dan penghargaan ini kepada mereka yang banyak berkorban dengan jujur dan ikhlas terhadap sukan sepak takraw dan persatuan ini.



"Saya yakin, kejayaan yang diraih persatuan ini adalah disebabkan sumbangan besar dan penyertaan daripada setiap anggotanya," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.



Selain itu, buat julung-julung kalinya, Perses juga menyampaikan anugerah kepada badan korporat setempat yang banyak membantu dalam usaha yang dijalankan Perses.



Antaranya termasuk ActiveSG, Persatuan Rakyat (PA), Kementerian Pendidikan (MOE), Kelab NTUC, Kelab Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa Sukan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan kelab sukan kawasan undi Kaki Bukit (CSC).



Ketika menyampaikan ucapannya, Encik Zainal berharap sepak takraw bukan sahaja dapat berkembang di persada rantau ini, malah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa selaras dengan matlamat Perses.



"Singapura memainkan peranan utama dalam meningkatkan populariti sepak takraw.



"Pada masa ini, kita mempunyai sekitar 60 negara yang mempromosikan sukan ini menerusi pertubuhan sukan mereka.



"Ini merupakan satu perkembangan yang amat menggalakkan dan bersama kita dapat mengembangkan lagi sukan ini pada peringkat tempatan dan antarabangsa," ujarnya.




"Saya berharap satu hari nanti kita dapat melihat sepak takraw berkembang menjadi antara sukan popular dalam kalangan generasi muda, seperti bola sepak.

Singapura memainkan peranan utama dalam meningkatkan populariti sepak takraw. Pada masa ini, kita mempunyai sekitar 60 negara yang mempromosikan sukan ini menerusi pertubuhan sukan mereka.

Ini merupakan satu perkembangan yang amat menGgalakkan dan bersama kita dapat mengembangkan lagi sukan ini pada peringkat tempatan dan juga antarabangsa."

- Encik Zainal Sapari, Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol dan Penolong Setiausaha Agung NTUC.



"Sebagai presiden Perses, menjadi tanggungjawab saya menyampaikan anugerah dan penghargaan ini kepada mereka yang banyak berkorban dengan jujur dan ikhlas terhadap sukan sepak takraw dan persatuan ini.

Saya yakin, kejayaan yang diraih persatuan ini adalah disebabkan sumbangan besar dan penyertaan daripada setiap anggotanya."

- Abdul Halim Kader, Presiden Perses.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >