PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) telah mengundang dan memanggil semula seramai 12 pemain baru dan yang pernah menjalani latihan pasukan nasional untuk menyertai skuad sepenuh masa Team Singapore yang dijadual bermula 1 Januari ini.
Kesemua pemain itu, tujuh daripada mereka pernah berlatih dengan skuad nasional, mempamerkan potensi masing-masing dalam Sukan Nasional Singapura (SNG) yang berakhir kelmarin.