Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Persisi anjur sesi pilih skuad terbaik ke Sukan SEA, kejohanan dunia

Pemilihan jadi kayu ukur kesediaan pesilat hadapi pertandingan utama, faham aturan, pemarkahan baru pertandingan
Apr 09, 2021 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) akan menganjurkan satu sesi pemilihan bagi membentuk skuad yang akan mewakili negara dalam dalam dua temasya utama - Sukan SEA dan Kejohanan Pencak Silat Dunia - yang bakal menjelang.



Sukan SEA Ke-31 dijadual berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember, manakala Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-19 akan diadakan pada 9 hingga 19 Disember di Kuala Lumpur, Malaysia.



"Sesi pemilihan ini adalah penting kerana kami mahu menampilkan skuad terbaik dalam kededua kejohanan itu memandangkan ia merupakan dua temasya antarabangsa utama yang bakal diadakan selepas sebarang pertandingan serupa ditiadakan pada tahun lalu gara-gara pandemik Covid-19.



"Pemilihan skuad negara bagi menghadapi Sukan SEA Vietnam dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-19 ini adalah yang pertama diadakan selepas pandemik ini melanda sejak Mac tahun lalu yang menjejas banyak kegiatan persilatan dan menyebabkan semua pertandingan - baik di peringkat serantau mahupun antarabangsa - dibatalkan.



"Walaupun kami mengadakan latihan secara maya dan kemudian latihan secara fizikal secara bertahap-tahap mengikut langkah keselamatan, ia tidak mencukupi bagi mengetahui tahap kesediaan atlet.



"Oleh itu, sesi pemilihan kali ini akan membantu kami menetapkan kayu ukur bagi mengenal pasti prestasi atlet dalam gelanggang dan pemahaman mereka mengenai peraturan dan sistem pemarkahan baru dalam pertandingan," jelas Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, ketua pegawai eksekutif Persisi yang juga ketua jurulatih skuad silat nasional.



Ini ekoran langkah Persekutuan Silat Antarabangsa (Persilat) memperkenalkan beberapa teknik dan peraturan baru untuk menjadikan sukan silat lebih menarik, adil dan moden, selari dengan perkembangan teknologi.



Teknik dan peraturan baru itu, yang dibincang dalam kalangan empat negara pendukung utama silat - Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei - pada Oktober 2019 akan dikuatkuasakan dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Sarawak.



"Kami membuat keputusan mengadakan sesi pemilihan itu sekarang untuk mengelakkan kesibukan dalam Ramadan yang bakal menjelang minggu depan.



"Ia juga bertujuan memberikan pasukan jurulatih masa merancang bentuk latihan sebagai persiapan menghadapi kededua temasya itu.



Dalam laporan sebelum ini, Sheik Alau'ddin mendedahkan bahawa Vietnam, selaku negara hos, bercadang membuat beberapa perubahan dalam acara silat Sukan SEA yang akan datang dengan tidak menyertakan beberapa acara.



Langkah itu, menurut Sheik Alau'ddin, memaksa Persisi mengambil beberapa langkah untuk mempersiapkan atlet negara yang bakal terjejas, seperti bertanding dalam kelas berat badan berbeza yang melibatkan menambah atau menurunkan berata badan.



"Apa pun, kami mahu menampilkan skuad terbaik yang bakal disertai penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa spex) yang kesemuanya merupakan juara dunia," tambah beliau.



Skuad pesilat Team Singapore terdiri daripada tujuh juara dunia iaitu pesilat tanding Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, Muhammad Hazim Mohd Yusli dan Nurul Suhaila Mohd Saiful.



Tiga lagi adalah pesilat acara seni Muhammad Iqbal Abdul Rahman, Nurzuhairah Mohd Yazid dan Nur Azlyana Ismail.



Skuad negara turut dianggotai juara dunia silat pantai Muhammad Syakir Jeffry.



"Bagi Sukan Asia, kami merancang menurunkan keseluruhan skuad yang akan bertanding dalam 16 kategori acara, manakala bagi kejohanan sedinia, kami akan berusaha menurunkan seberapa ramai mungkin atlet," tambah Sheik Alau'ddin.



Mengulas persediaannya menghadapi sesi pemilihan itu, Sheik Farhan, juara dunia tiga kali acara, berkata ketiadaan pertandingan tidak menjejas prestasinya.



"Saya menjalani latihan secara tetap sepanjang tahun, jadi saya tidak bimbang sangat.



"Cuma saya ghairah mahu bertarung. Sasaran saya tetap sama iaitu mahu sentiasa menang," jelas beliau.



Rakan sepasukan Nurzuhairah juga tidak sabar-sabar mahu bertanding selepas berasa jemu dengan rutin latihan sahaja setiap hari.



"Saya rasa tahun ini bakal menjanjikan satu permulaan baru yang lebih segar bagi pasukan silat negara. Kami semua berasa ghairah mahu bertanding.



"Bagi saya sendiri secara peribadi, matlamat saya adalah mahu memberikan yang terbaik pernah saya persembahkan.



"Saya juga berharap dapat mempertahankan kejuaraan saya dalam kejohanan dunia yang lalu dalam acara seni tunggal.



"Dalam Sukan SEA pula, pastinya saya mahu perbaiki pencapaian saya pada 2019 di Filipina kerana saya gagal menempatkan diri saya dalam tiga kedudukan teratas.



"Saya berharap dapat tampil dengan lebih yakin dan bersedia di Vietnam," ujar Nurzuhairah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >