Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Pertarungan penentu juara?

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



DENGAN musim berbaki dua perlawanan, pertemuan antara Lion City Sailors dengan Tampines Rovers malam esok bak perlawanan kemuncak yang boleh menentukan hala tuju kejuaraan musim Liga Perdana Singapura ini.



Tampines, yang menundukkan pencabar terdekatnya Albirex Niigata (S) 4-1 kelmarin kini mempunyai kelebihan mata tunggal ke atas pencabar dari Jepun itu.



Kemenangan itu memberikan Tampines kelebihan satu mata ke atas Albirex dan nasibnya kini berada dalam tangan sendiri.



Namun ia berdepan dengan dua perlawanan sukar - dengan Sailors malam ini dan dengan Geylang pada Sabtu nanti.



Albirex pula yang masih berpeluang merampas mahkota liga daripada Tampines bertemu Tanjong Pagar United malam ini - kelab di tangga corot - yang masih belum mencapai sebarang kemenangan dan tidak dijangka memberikan tentangan hebat kepada Albirex.



Sementara itu, Lion City Sailors hanya ketinggalan tiga mata di belakang Albirex dan meskipun peluangnya untuk meraih kejuaraan tipis, ia tetap berpeluang menjadi 'king maker' dan menentukan siapa yang menjadi juara tahun ini.



Jika pertemuan pertama antara Tampines dengan Sailors boleh menjadi ukur tara, Tampines mempunyai kelebihan.



Dalam perlawanan pada Mac itu, Tampines membelasah Sailors empat gol tak berbalas. Anak didik Gavin Lee juga belum tewas dalam lapan permainan terakhir, sementara Sailors kurang konsisten sepanjang musim.



Malah, selepas tempat di takhta liga dirampas Albirex beberapa perlawanan lalu, Tampines telah kembali ke puncak dan nasib mereka kita berada dalam tangan sendiri.



Namun Lee enggan membiarkan pemain-pemainnya melayang ke awangan.



"Saya berharap pemain-pemai tetap tenang dan jangan hilang arah. Kami masih dua perlawanan besar untuk dihadapi.



Seluruh pasukan sedang berasa positif dan keadaan mental kami sedang baik," ujar Lee.



Penyokong Sailors pula perlu berharap pasukan yang tampil berentap dengan Tampines malam esok adalah pasukan yang telah menjaringkan 38 gol dalam 12 perlawanan dan bukan pasukan yang tewas tanpa berbalas kepada Tampines Mac lalu atau yang diikat 1-1 oleh Hougang pada awal bulan lalu.



Ia juga bergelut mencari rentak permainan dalam perlawanan dengan Young Lions kelmarin.



Namun, selepas ia menemui rentak itu, Sailors adalah sukar ditandingi, menjaringkan empat gol dalam tempoh sekitar 30 minit di akhir babak pertama dan awal babak kedua.



"Walaupun kami menghadapi kesukaran semasa menentang Young Lions, segala pujian kepada pemain-pemain kerana dapat mengawal perlawanan, ujar jurulatihanya Vidmar Aurelio.



"Namun, apabila pasukan mula bergerak, kami kembali ke tempo permainan yang biasa."



Cabaran bagi Aurelio dan pasukannya adalah untuk menemui rentak permainan yang diingin di awal perlawanan malam esok.



Tampines bukan dibarisi pemain muda seperti Young Lions dan pemainnya tidak akan mensesiakan sebarang peluang yang berada di depannya untuk menundukkan lawan.



Dalam perlawanan lain esok, Young Lions akan berentap dengan Geylang International, sementara Hougang bertemu Balestier Khalsa.



Kededua perlawanan ini tidak akan menjejas kedudukan di tiga tangga liga dan boleh dilihat sebagai peluang bagi jurulatih masing-masing mencongak kekuatan pasukan dan membuat persiapan bagi musim depan.




AKSI MALAM ESOK



Young Lions lwn Geylang International



Hougang United lwn Balestier Khalsa



Lion City Sailors lwn Tampines Rovers



Albirex Niigata (S) lwn Tanjong Pagar



Semua perlawanan bermula 7.45 malam. Siaran langsung perlawanan di Singtel TV, StarHub TV dan Facebook serta YouTube Liga Perdana Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >