Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN

Pertembungan Messi-Mbappe tanda satu peralihan

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



TARIKHNYA 15 Julai 2018, di Stadium Luzhniki, Moscow, Russia.



Pada hari itulah, dunia menyaksikan 'kelahiran' bintang bola sepak terbaru dengan Kylan Mbappe menjaringkan gol ke-empat Perancis untuk menyempurnakan kemenangan pasukan Les Bleus itu ke atas Croatia untuk bergelar juara dunia.



Mbappe, ketika itu berusia 19 tahun, diramalkan ramai sebagai pengganti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, yang buat lebih sedekad, telah menjadi ikon bola sepak dunia bersaing bagi gelaran pemain terbaik sepanjang zaman.



Di Qatar, pada usia 23 tahun, dan potensi sebenarnya begitu nyata untuk disaksi dunia, Mbappe berpeluang menuntut takhta tersebut setelah kemenangan Perancis ke atas Maghribi bermakna pasukan pimpinan Didier Deschamp itu menempah tempat di final Piala Dunia di mana Argentina, pimpinan Messi menanti.



"Agak terkesan melihat perjalanan Maghribi dalam Piala Dunia ini berakhir...mereka telah memberikan penonton satu memori yang tidak dapat dilupakan," kata pengulas bola sepak dan bekas kapten Republic Ireland, Andy Townsend.



"Tapi final antara Perancis dan Argentina, pertembungan antara Mbappe dan Messi, adalah satu final yang indah, sesuai untuk melabuhkan tirai pertandingan yang menakjubkan ini," tambah beliau.



Dalam pertandingan ini, kededua Mbappe dan Messi juga terikat sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol.



Namun, kapten Argentina berusia 35 tahun itu mendahului saingan bagi anugerah Golden Boot (penjaring terbanyak Piala Dunia) kerana mencatatkan assist yang lebih banyak daripada penyerang Perancis itu.



Meskipun anugerah Golden Boot adalah pencapaian yang hebat, hakikatnya ia tidak bermakna bagi kededua pemain ini sekiranya pasukan mereka gagal muncul sebagai pemenang di akhir 90-minit perlawanan.



Kemenangan bagi Perancis adalah kejayaan Piala Dunia kedua Mbappe, manakala kejayaan di Piala Dunia merupakan sesuatu yang masih belum dapat dicapai Messi - meskipun beliau telah memenangi segala-galanya dalam dunia bola sepak.



Bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand, yang bertugas sebagai pengulas di Qatar, berkata perlawanan Ahad ini di Stadium Lusail, benar-benar merupakan titik peralihan penting dari ikon satu generasi ke generasi seterusnya.



Beliau berpendapat, dengan Messi telah pun mengumumkan perlawanan Ahad ini adalah kemunculan terakhirnya dalam Piala Dunia, rakan sepasukannya di kelab Perancis, Paris St Germain, Mbappe pula pasti akan beraksi sekurang-kurangnya dua Piala Dunia akan datang.



"Perlawanan ini menutup tirai kerjaya ikon bola sepak bagi generasinya, dan menjadi semacam peralihan kepada generasi seterusnya yang tentunya dicerminkan menerusi ikon seperti Mbappe.



"Persoalannya ialah, adalah generasi lalu itu akan melabuhkan tirai kerjaya antarabangsanya dengan kegemilangan, atau adakah ia akan diselubungi kekecewaan," tambah beliau, yang mewakili England dalam tiga pertandingan Piala Dunia sepanjang kerjayanya.



Kata orang, patah tumbuh, hilang berganti.



Dengan Messi sendiri menggantikan ikon dunia seperti Ronaldinho dan Figo ketika beliau menggamit imaginasi dunia dalam penampilan sulungnya bagi Argentina pada 17 Ogos 2005, ini adalah masa bagi Mpabbe menuntut kedudukan beliau sebagai bintang baru dunia bola sepak.



Mbappe boleh melakukannya dengan memenangi Piala Dunia kedua berturut-turut, menjadikan Perancis pasukan kedua yang berjaya melakukannya selepas Brazil (pada 1958 dan 1962), atau adakah Messi, bakal membuktikan, dalam satu perlawanan, iaitu perlawanan yang terpenting, ikon veteran ini tidak bersedia melepaskan takhtanya diselubungi kecewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >