Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA JUARA-JUARA

Pertembungan Messi, Ronaldo dinanti apabila Barca sambut Juve

ECL
Dec 08, 2020 | 05:30 AM



MADRID: Persaingan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sering mendapat perhatian dunia bola sepak selama hampir sedekad dan kedua-dua pemain itu mungkin bertemu buat kali terakhir apabila Barcelona menjadi tuan rumah kepada Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.



Dua pemain handal era moden bola sepak itu pernah menjadi tunggak kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid, sebelum Ronaldo menyertai Juventus pada 2018.



Persaingan antara kedua-dua pemain itu turut menyaksikan mereka berkongsi gelaran pemain terbaik dunia antara 2008 dengan 2017.



Sejak Ronaldo meninggalkan La Liga, perlawanan antara Barca dengan Real tidak sehangat dulu hingga terdapat harapan bahawa kededua pemain itu dapat berentap dalam padang yang sama lagi.



Harapan itu hampir menjadi kenyataan dalam aksi saingan Liga Juara-Juara Kumpulan G baru-baru ini. Namun Ronaldo tidak ditampilkan sewaktu Barcelona menewaskan kelabnya 2-0 selepas dijangkiti Covid-19.



Bagaimanapun, Barcelona dan Juventus bakal bertemu sekali lagi pagi esok dan meningkatkan peluang peminat menyaksikan Messi dan Ronaldo sekali lagi.



Kedua-dua pasukan telah pun berjaya melangkah ke pusingan kalah mati, namun Juventus mempunyai peluang mengambil alih tempat teratas Kumpulan G daripada Barcelona jika mereka mampu menjaringkan tiga gol di Nou Camp.



Meskipun sudah mencecah usia persaraan, Ronaldo, 35 tahun, dan Messi, 33 tahun, masih dilihat sebagai pemain elit.



Sejak menyarung jersi Juventus, Ronaldo telah menjaringkan 21 gol dalam musim sulungnya dan 31 gol musim lalu.



Dengan lapan gol dalam enam penampilan, Ronaldo menunjukkan beliau masih mampu menjadi tunggak pasukannya.



Berbanding Ronaldo, prestasi Messi amat menghampakan musim ini.



Penyerang Barcelona itu pernah cuba meninggalkan kelab tersebut sebelum musim ini bermula, tetapi pemindahannya disekat pihak pengurusan.



Barcelona mengalami permulaan terburuk mereka dalam musim liga sejak 33 tahun dan persembahan yang tidak konsisten oleh Messi adalah sebahagian daripada masalah yang dihadapi mereka.



Messi hanya mampu menjaringkan empat gol dalam 10 penampilan, dua daripadanya daripada tendangan penalti.



Namun, peminat berharap penyerang Argentina itu akan bersemangat semula apabila kembali bersaing dengan musuh lamanya Ronaldo dalam perlawanan Liga Juara-Juara nanti. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >