Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Pertemuan Albirex, Sailors bak penentu juara musim ini

spl
Jul 23, 2021 | 05:30 AM



LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)



JUARA bertahan Albirex Niigata dan pasukan bola sepak privet pertama Singapura Lion CitySailors akan bertemu malam ini, perlawanan yang boleh menjadi penentu juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Hanya satu mata memisahkan mereka di puncak liga selepas 11 perlawanan seta-kat ini.



Albirex mendahului liga dengan 27 mata manakala Sailors menghuni tangga kedua dengan 26 mata.



Albirex berdepan cabaran dalam perlawanan ini apabila penjaring terbanyak mereka, Kiyoshiro Tsuboi, tidak dapat beraksi disebabkan kecederaan lutut. Kiyoshiro telah membantu Albirex dengan menjaringkan 11 gol musim ini - tempat ketiga bagi carta jumlah gol terbanyak liga.



Namun, penyerang Kuraba Kondo bakal kembali setelah pulih daripada kecederaan yang menyebabkan bekas pemain Jepun Bawah-18 tahun itu tidak dapat bermain dalam dua perlawanan sebelum ini.



Pemain muda Hilman Norisham, yang berpindah daripada Sekolah SukanSingapura baru-baru ini, juga bakal membuat penampilan profesional pertama beliau dalam jersi The Swans itu nanti.



Bagi Sailors pula, trio tengah mereka - Saifullah Akbar, Shahdan Sulaiman dan Song Uiyoung - digantung dalam perlawanan ini manakala penyerang utama mereka, Stipe Plazibat, mungkin tidak dapat beraksi kerana cedera.



Plazibat mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan menentang Geylang International minggu lalu, yang berakhir dengan Sailors menang 3-0.



Namun, kapten Singapura Hariss Harun bersedia membuat penampilan pertama bagi kelab itu, sementara duo pemain muda Nur Adam Abdullah dan Justin Hui telah pulih daripada kecederaan masing-masing.



Ini memberi harapan bagi Sailors dan jurulatih Korea Selatannya, Kim Do-hoon, yang akan membuat keputusan dalam perlawanan pertama beliau sejak mengambil alih skuad itu Mei lalu.



Albirex belum pernah kalah musim ini manakala Sailors pula tidak pernah kalah dalam lapan perlawanan - termasuk memenangi enam perlawanan mereka berturut-turut sebelum ini.



Sailors juga masih belum dapat mengalahkan Albirex dalam tiga perlawanan sejak awal 2020, walaupun menjaringkan dua gol dalam setiap kesempatan.



Dalam perlawanan lain esok, Hougang United akan mencuba nasib mereka mengumpul semua tiga mata semasa menentang Tanjong Pagar United di Stadium Hougang.



Kemenangan ke atas Tanjong Pagar dapat memberi pasukan bergelar The Cheetahs itu kedudukan mata sama (26 mata) dengan Sailors sekiranya Sailors kalah malam ini.



Sejumlah pemain Hougang telah kembali daripada kecederaan sejak liga berehat dua bulan lalu.



Kapten Fabian Kwok, Khairul Nizam dan Gilberto Fortunato bakal beraksi dan pemain pertahanan Lionel Tan pula akan diberi peluang setelah digantung dalam perlawanan sebelum ini.



Penjaga gawang nasional, Izwan Mahbud, boleh membuat penampilan pertama beliau setelah berpindah ke Hougang baru-baru ini.



Bagi Tanjong Pagar, penyerang Khairul Amri bakal kembali beraksi setelah jatuh demam dalam perlawanan menentang Young Lions minggu lalu. Penampilan pertama Shakir Hamzah pula bergantung pada kejayaannya dalam ujian kecergasan wajib minggu ini.



Dalam perlawanan pada Ahad, Geylang International akan berdepan Balestier Khalsa FC di Our Tampines Hub. Geylang ingin membangkitkan semangat setelah kalah dalam tujuh daripada lapan perlawanan mereka sebelum ini.



Namun, mereka menghadapi cabaran besar kerana Balestier memenangi tiga penemuan bersama Geylang sebelum ini, termasuk kemenangan 2-1 di Stadium Toa Payoh April lalu.




AKSI MINGGU INI



- Hari ini, 7.45 malam

Albirex Niigata lwn Lion City Sailors, Stadium Jurong East



- Esok, 5.30 petang

Hougang United lwn Tanjong Pagar United, Stadium Hougang



- Ahad, 5.30 petang

Geylang International lwn Balestier Khalsa, Our Tampines Hub



* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >