BARCELONA: Pengurus Barcelona, Gerardo Martino, percaya pasukannya telah melakukan segalanya yang termampu semasa disekat 1-1 oleh seterunya, Atletico Madrid, dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Nou Camp dinihari semalam.
Atletico bertindak dahulu melalui percubaan cantik Diego Ribas 11 minit selepas rehat sebelum Barcelona membalas 19 minit sebelum wisel penamat melalui Neymar yang menyambar peluang selepas menerima hantaran lolos cemerlang daripada rakannya, Andres Iniesta.