Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN C: PERANCIS LAWAN PERU

Peru lebih 'berani', Perancis tak mampu sesia peluang

Jun 21, 2018 | 05:30 AM



ISTRA (Russia): Pasukan berbakat Perancis terkial-kial sebelum dapat menjinakkan Australia dalam perlawanan pembukaannya di Piala Dunia ini tetapi yakin Peru - yang terdesak bangkit mencatatkan kemenangan - akan memberi mereka lebih ruang apabila kededua pasukan itu berentap di Arena Ekaterinburg mulai 11 malam ini (waktu Singapura).



Membariskan pemain-pemain berbakat termasuk Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, Ousmane Dembele dan Paul Pogba, juara dunia 1998 itu gagal menyinar sekalipun memenangi perlawanan pembukaannya 2-1 - dengan pengadil memberikannya penalti selepas menonton semula rakaman melalui Video Pembantu Pengadil (VAR) bagi gol pertamanya.



Sebaliknya, Peru kelihatan bertenaga semasa kekalahan 0-1 kepada Denmark dan kini tiada pilihan kecuali menunjukkan permainan lebih berani jika tidak mahu tersingkir awal daripada temasya di Russia ini.



"Kami sudah bersedia untuk menghadapi Peru sekalipun kami menjangkakannya satu perlawanan yang sukar... mereka pantas dan bertenaga," ujar bintang muda pertahanan 'Les Bleus', Benjamin Pavard, di sidang media kelmarin.



"Mereka akan bersemangat mahu mencatatkan kemenangan selepas tewas dalam perlawanan pertama, jadi ini bukanlah laluan mudah bagi kami."



Dengan pasukan dari Amerika Selatan itu terdesak bangkit dan menunjukkan permainan lebih berani dan terbuka, ini mungkin bermakna lebih banyak ruang bagi trio penyerang Perancis memanfaatkan kepantasan masing-masing bagi merintis peluang jaringan.



Sekalipun tidak mampu mengalami kekalahan kedua yang bermakna pulang awal daripada Piala Dunia ini, jurulatih Peru, Ricardo Gareca, dijangka menurunkan formasi tiga pemain penyerang dengan menyertakan Paolo Guerrero yang akan bergandingan dengan Jefferson Farfan dan Andre Carrillo.



"Peru memiliki pemain yang mempunyai kemahiran teknikal tinggi... yang bersemangat mahu bermain," demikian pula amaran daripada bintang midfield Perancis, Blaise Matuidi.



Dengan Perancis kini berada di tangga teratas Kumpulan C, jurulatih pasukan Didier Deschamps tidak semesti mengarahkan pemainnya melancarkan serangan habis-habisan, sebaliknya bersabar dan berusaha menghukum Peru melalui serangan-serangan balas kilat.



"Pasukan-pasukan yang sepatutnya menang gagal mendapatkan keputusan yang diharapkan," ujar Matuidi lagi, sambil merujuk kepada juara bertahan Jerman, Brazil, Argentina dan Sepanyol.



"Bagaimanapun, kami menang (ke atas Australia) sekalipun ia dicapai bukan dengan prestasi sempurna," tambah bintang Juventus itu.



Rekod Perancis setiap kali berhadapan dengan seteru dari Amerika Selatan bagaimanapun agak mengecewakan termasuk kekalahan 2-3 kepada Colombia dalam satu perlawanan persahabatan di Paris pada Mac lalu.



"Kami perlu meneliti cara permainan mereka. Kami tidak seharuskan merasakan tekanan, sebaliknya merekalah yang seharusnya dibebani tekanan," ujar Pavard lagi. - AFP.




Ramalan BH:



Perancis 1



Peru 1




JADUAL



Denmark lwn Australia



Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 8 malam ini



Perancis lwn Peru



Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 11 malam ini



Argentina lwn Croatia



Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 2 pagi esok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >