Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEKOLAH NASIONAL

Perubahan format pertandingan bantu bangun kemahiran sukan pelajar

Jan 25, 2019 | 05:30 AM



DALAM membantu atlit pelajar menguasai permainan asas dan kemahiran pergerakan yang sesuai untuk peringkat usia mereka, perubahan kepada beberapa format pertandingan akan dibuat terhadap pertandingan Sukan Sekolah Nasional (NSG).



Antaranya, mengurangkan persaingan pertandingan bagi pertandingan sukan Diviysen Junior bagi pelajar sekolah rendah.



Sebagai contoh, sukan seperti bola jaring dan floorball akan melihat jumlah pemain dalam pasukan dikurangkan selain bermain di dalam gelanggang lebih kecil.



Ini bermakna, berbanding sebelum ini di mana setiap pasukan mempunyai enam pemain termasuk penjaga gawang bagi sukan floorball, ia kini akan dipertandingkan tiga sepasuk tanpa penjaga gawang dan keluasan gelanggang dikurangkan hampir setengah.



Format pertandingan yang disemak itu akan mengurangkan penekanan terhadap konsep taktikal yang rumit di samping memberi peluang kepada pemain menyentuh bola secara kerap.



Lantas, semakan ini diharap dapat membantu atlit pelajar menggarap kemahiran sukan itu serta gerakan mereka.



Ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan (MOE) memperkukuh pembangunan holistik pelajar sekolah rendah dan pada masa yang sama menggalak minat sepanjang hayat terhadap sukan di kalangan para pelajar.



MOE mengumumkan semakan tersebut kelmarin menyusuli penyelesaian Saranan Semakan Divisyen Junior (Junior Divisyen Review) NSG tahun lalu.



Semasa memberi ucapannya kelmarin di pada Majlis Pembukaan NSG 2019 di Hab Sukan Singapura, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan), Encik Chee Hong Tat berkata:



"Penambahbaikan ini akan membolehkan atlit muda kita menikmati pengalaman sukan mereka, selain mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai pertandingan dan mengembangkan perwatakan dan nilai menerusi sukan."



Semakan yang dimulakan pada 2015, dilakukan menerusi perundingan dan saranan yang dikemukakan pihak Institut Sukan Belia Kebangsaan (NYSI), Persatuan Sukan Nasional (NSA) dan juga SportSG (Sport Singapura).



Selain format pertandingan, beberapa semakan lain akan dilaksanakan bagi sukan yang bertanding dalam Divisyen Junior menjelang 2021.



Semakan tersebut turut merangkumi perubahan terhadap struktur pertandingan.



Misalnya, memberi peluang kepada pelajar berusia 11 tahun untuk bertanding dalam kategori Junior (9 hingga 11 tahun) ataupun Senior (12 hingga 13 tahun) bagi 11 sukan yang tiada sentuhan fizikal seperti badminton, tenis dan sepak takraw.



Langkah itu diambil bagi menangani perbezaan pelajar dari segi kematangan serta pembangunan kemahiran mereka berdasarkan kesediaan pelajar tersebut untuk dinilai oleh guru dan jurulatih.



Selain itu beberapa perubahan juga akan dilaksanakan seperti sistem penganugerahan dan pengiktirafan, peralatan sukan serta peraturan penggantian pemain.



NSG yang berlangsung dari Januari hingga Ogos setiap tahun merupakan acara sukan tahunan belia yang terbesar di Singapura dengan lebih 400 kejuaraan sukan.



Tahun ini, sekitar 58,000 atlit pelajar dari lebih 365 sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institut berpusat dijangka mengambil bahagian dalam 29 sukan berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >