KEJOHANAN GOLF TERBUKA SINGAPURA SMBC

Peserta tertua warga Thai julang mahkota

PRAYAD Marksaeng, peserta tertua dalam Terbuka Singapura Perbadanan Perbankan Sumitomo Mitsui (SMBC) hujung minggu lalu, meraih hadiah ulang tahun awal selepas beliau memenangi kejohanan golf yang bernilai AS$1 juta ($1.43 juta) itu.

Warga Thailand yang bakal menyambut ulang tahun ke-51 Isnin depan, memulakan kejohanan pada ranking ke-291 dunia, namun mencatat keputusan empat-bawah 67 pada hari terakhir - bagi memenangi kejohanan di Kelab Golf Sentosa itu dengan satu pukulan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan