Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT DUNIA JUNIOR

Pesilat muda menyinar

Sheik Alau'ddin bangga dengan pencapaian cemerlang barisan pesilat pelapis yang bakal bentuk skuad nasional masa depan
May 06, 2018 | 05:30 AM



MUSIM cuti sekolah pada Disember lalu 'dikorbankan' di gelanggang latihan.



Namun dedikasi serta segala pengorbanan yang dilakukan pesilat muda negara itu terbukti berbaloi apabila mereka mengatasi segala jangkaan untuk memenangi enam pingat emas, tiga perak dan enam gangsa di Kejohanan Pencak Silat Dunia Junior edisi keempat yang berlangsung di Songkhla, Thailand, baru-baru ini.



Sebutir emas itu sumbangan pesilat seni tunggal perempuan, Nurzianah Mohd Yazid, manakala lima dari emas diperolehi melalui acara tanding - Muhammad Hazim Mohd Yusli (Kelas D Lelaki), Muhammad Syahiran Jeffry (Kelas J Lelaki), Muhammad Syakir Jeffry (Kelas K Lelaki), Aiman Putra Asha Ariffin (Kelas L Lelaki) dan Nurul Irbah Muhd Razali (Kelas B Perempuan).



Bagi Hazim, pencapaian itu tentu sekali mengembalikan kenangan hebat semasa menggondol emas sulungnya di peringkat kejohanan ini pada 2015 - ketika itu beliau masih berusia 13 tahun dan baru menyertai latihan skuad junior nasional.



Emas terbarunya ini dijangka menjadi perangsang apabila Hazim, yang akan mencecah usia 17 tahun pada Oktober ini, melangkah untuk menyertai pasukan nasional utama nanti.



Kali ini beraksi di gelanggang di Universiti Songkhla Rajabat, Hazim mempamerkan keunggulannya apabila menewaskan pencabarnya di final, pesilat Malaysia, Muhammad Haziq Aziman, dengan skor 5-0.



Bagi Nurzianah, Kejohanan Pencak Silat Dunia Junior ini adalah kejohanan terbesar pertamanya tetapi beliau 'lulus' dengan markah cemerlang - mengikut jejak kakaknya, Nurzuhairah, yang menjadi kebanggaan negara apabila memenangi pingat emas acara seni tunggal wanita di temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun lalu.



Pencapaian pesilat muda kali ini juga lebih baik di edisi ketiga Kejohanan Dunia Junior yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2015 apabila Singapura hanya membawa pulang dua emas, lima perak dan lapan gangsa.



Mengulas pencapaian cemerlang pesilat mudanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata:



"Saya bangga sekali dengan pencapaian pasukan muda kami. Ini membuktikan bahawa segala latihan, sokongan daripada SportSG (agensi sukan negara Sport Singapore), dedikasi semua kakitangan dan jurulatih kami yang gigih berusaha di atas kejayaan ini.



"Dan saya yakin semua pesilat bersemangat mahu terus tunjukkan peningkatan... kejohanan ini ibarat satu rahmat kepada pasukan kami dan menjadi motivasi kepada pesilat-pesilat muda lain."



Tiga pingat perak rombongan muda silat negara pula dimenangi Amirah Sahren dan Siti Fathimah Mohd Shahrem (seni ganda perempuan), Nur Maisarah Miskam (tanding Kelab B) dan sebutir lagi daripada Amirah melalui acara tanding Kelas D.



Enam gangsa pula diperolehi acara tanding lelaki - Muhammad Shaiman Johanis (Kelas A), Muhammad Harits Mohd Yusli (Kelas C), Hassan Zulkiflee (Kelas E), Sheik Fayz Sheik Alau'ddin (Kelas G), Abdul Raazaq Abdul Rashid (Kelas H) dan Abdul Rahman (Kelas I).



Sehubungan ini, pesilat-pesilat lebih muda di kalangan peringkat usia 10-14 tahun Singapura turut tidak menghampakan apabila membawa pulang 16 pingat emas, empat perak dan dua gangsa di Terbuka Pencak Silat Jakarta yang turut berlangsung di penghujung bulan lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >