Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Pesilat negara tenang buru sasaran di Kejohanan Dunia

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



PARA pesilat negara kini sedang menjalani persiapan terakhir menjelang Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-19 yang dibuka secara rasmi semalam.



Aksi di gelanggang bermula hari ini, tetapi sebarang tekanan, yang dirasai pesilat negara, jika ada, kurang ketara.



Kelmarin, keadaan di sesi latihan yang diadakan berhampiran tempat penginapan di Hotel Metra Square, Ayer Keroh, Melaka, riang dan suara pesilat tertawa kadang-kala memecah suasana.



Namun, sebalik senyuman, raut wajah pesilat tanding Nurul Suhaila Mohd Saiful, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin dan Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, serta pesilat seni Muhd Iqbal Abdul Rahman menunjukkan azam untuk berjaya.



Mereka, yang boleh dianggap pesilat 'veteran', memikul sebahagian tanggungjawab harapan pingat negara, dalam skuad yang ditaburi beberapa wajah muda dan pesilat baru.



Seramai 19 daripada rombongan pesilat 30 orang beraksi buat julung-julung kali di Kejohanan Pencak Silat Dunia ini.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) sebelum pasukan berangkat ke Melaka, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican enggan menumpukan perhatian kepada sasaran pingat.



Namun, beliau berkata setiap atlet harus memberikan komitmen yang terbaik dalam memburu keputusan yang diingini.



Kejohanan, ini yang kembali diadakan selepas pandemik, dijadual berlangsung sehingga 31 Julai.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >