Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Pesilat SG diberi sambutan wira

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SILAT

Pesilat SG diberi sambutan wira

Aug 02, 2022 | 05:30 AM

PASUKAN silat Singapura menerima sambutan wira di Dewan OCBC Arena semalam setelah pulang ke tanah air dari Melaka bagi Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022.

Sepanjang lima hari bertanding di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sejak Rabu lalu, Singapura berjaya menggondol 17 pingat - empat emas, lima perak dan lapan gangsa.

Emas itu dimenangi Sheik Farhan Sheik Alau'ddin (tanding J putera), yang kini juara dunia empat kali; juara dunia berganda Muhammad Iqbal Abdul Rahman (seni tunggal putera); wajah baru Aniq Asri Mohammad Yazid (tanding B putera); dan Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin dan Nur Ashikin Zulkifli (seni regu puteri).

Edisi ke-19 kejohanan dunia itu adalah yang pertama dianjurkan sejak pandemik Covid-19 melanda, setelah dua kali ditunda, dan menggunakan peraturan serta undang-undang baru sukan itu.

Kontinjen Singapura diwakili 30 pesilat dalam 23 acara seni dan tanding. Seramai 19 daripada mereka buat julung kalinya beraksi di gelanggang dunia.

Pungutan pingat Singapura gagal mengatasi 20 pingat - tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa - yang dimenangi pada pertandingan lalu pada 2018.

Edisi 2018 itu berlangsung di Singapura dan merupakan pencapaian terbaik negara in dalam sejarah kejohanan dunia.

Pada hari kemuncak pertandingan kelmarin, Indonesia dinobat sebaga juara keseluruhan apabila ia membawa pulang 11 emas, sembilan perak dan lapan gangsa, diikuti tuan rumah Malaysia (7 emas, 8 perak, 8 gangsa) dan Vietnam (6 emas, 4 perak, 11 gangsa).

Kejohanan dunia seterusnya bakal berlangsung tahun depan, dengan Indonesia diumumkan kelmarin sebagai tuan rumah bagi edisi ke-20 itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3