Pesilat S'pura ungguli pertandingan silat Sijori, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Pesilat S'pura ungguli pertandingan silat Sijori

Dec 10, 2014 | 09:01 PM

PASUKAN pendekar dan srikandi pesilat negara kelmarin berjaya mempertahankan gelaran sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Pencak Silat Sijori Kesembilan yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor, dari 7 hingga 9 Disember lalu.

Pesilat negara berjaya menggondol sebanyak 13 pingat emas, empat perak dan tiga gangsa untuk memenangi gelaran juara keseluruhan sebanyak sembilan kali berturut-turut.

Mengulas kemenangan itu, jurulatih nasional (Tanding), Muhammad Fiqri, berkata: "Kami berasa bersyukur berjaya mempertahankan kedudukan Singapura sebagai juara keseluruhan."

Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) yang juga ketua kontinjen, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata: "Pungutan pingat emas kami melebihi pencapaian 12 pingat yang kami menangi sebelum ini. Ini menunjukkan kemampuan kami melangkah lebih jauh dan menjadi pasukan disegani."

Pesilat Muhammad Nur Alfian Jumaen, yang memenangi salah satu pingat emas, merasakan beliau tidak memberikan persembahan terbaik tetapi mengakui beliau dapat meraih pengalaman memperbaiki kekurangan dari segi teknik dan stamina bagi menghadapi cabaran dalam kejohanan sedunia nanti.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map