FORMULA SATU GRAND PRIX SINGAPURA

Petanda acara diteruskan tahun depan

LONDON: Dalam satu petanda paling jelas Formula Satu Grand Prix Singapura mungkin diteruskan selepas musim ini, penganjur perlumbaan itu telah menetapkan acara malam glamor tersebut di republik ini akan diadakan pada 16 September tahun depan.

Badan pentadbir sukan tersebut, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), kelmarin menerbitkan kalendar perlumbaan bagi tahun depan yang menampilkan 21 perlumbaan - dengan Perancis dan Jerman kembali menjadi hos manakala perlumbaan di Litar Sepang, Malaysia, digugurkan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan