Philippe Aw, Fadzuhasny Juraimi dilantik kendali pasukan belia Singa

BEKAS jurulatih Hougang United, Philippe Aw, telah dilantik untuk mengendalikan pasukan bola sepak bawah 15 tahun (U15) negara menjelang beberapa pertandingan yang bakal diadakan tahun ini. 

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan pelantikan tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
 
Dalam kenyataan itu, FAS menyatakan Aw akan mempimpin pasukannya dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) U15 di Thailand yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos ini.

Pasukan Singa muda akan berdepan dengan Indonesia, Myanmar, Vietnam, Timor-Leste dan Filipina dalam Kumpulan A.

Jurulatih berusia 41 tahun itu juga akan membimbing pasukan tersebut dalam perlawanan kelayakan bagi Kejohanan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) 2020 bawah 16 tahun (U16).

Sementara itu, bekas penyerang negara, Fadzuhasny Juraimi, juga telah diumumkan FAS untuk mengendalikan pasukan bawah 18 tahun (U18) negara yang juga akan bertanding dalam perlawanan AFF dan AFC tahun ini. 

Piala AFF U18 akan diadakan di Vietnam dari 5 hingga 18 Ogos ini, dengan Singapura telah diundi dalam kumpulan bersama Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Australia.

Waktu Solat

Subuh
5:59
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:38
Maghrib
7:22
Isyak
8:32
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.