Piala AFC: Balestier menang mengejut 1-0 ke atas Kitchee, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Sukan0

Piala AFC: Balestier menang mengejut 1-0 ke atas Kitchee

Mar 09, 2016 | 07:36 AM

PELUANG lebih tipis bagi Balestier Khalsa apabila mereka menghadapi juara bertahan Liga Perdana Hong Kong, Kitchee, dalam perlawanan Piala AFC Kumpulan F di Stadium Jalan Besar pada Selasa (8 Mac).

Pasukan Harimau ini kini di tempat terakhir dalam Liga S dan ketiadaan penyerang asing mereka, Robert Pericic, yang cedera.

Kitchee pula mempunyai bekas pemain Atletico Madrid, Rufino del Burgo, dalam barisan mereka.

Namun, pasukan tuan rumah berjaya mengalahkan Kitchee 1-0 di hadapan 1,048 peminat untuk kekal tanpa kalah setakat ini dalam kempen Piala AFC mereka.

Ia hasil strategi serangan balas jurulatih Marko Kraljevic, yang yakin Balestier akan kalah jika mereka bermain seperti Kitchee, iaitu banyak menyimpan bola.

Discover Malay Home Based Businesses

Gol pasukan Harimau dijaringkan apabila Fadhil Noh menghantar bola silang dari sayap kanan untuk Zulkiffli Hassim menendang masuk dari jarak dekat.

Balestier kini naik ke tempat paling atas dalam Kumpulan F dengan empat mata.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, Kaya FC daripada Filipina menewaskan New Radiant dari Maldives 1-0 di Manila.

Harimau seterusnya akan ke Manila untuk menghadapi Kaya pada 15 Mac, manakala Kitchee akan menemui New Radiant di tempat sendiri pada hari sama.

Satu lagi Singapura dalam Piala AFC, Tampines Rovers, menewaskan kelab Liga Super Malaysia, Selangor 1-0, di Stadium Selayang dalam perlawanan Kumpulan E.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map