WAKIL Singapura dalam kejohanan Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Tampines Rovers, dijangka menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan kelab India, Mohun Bagan, di padang lawan hari ini.
Ini kerana tumpuan para pemain mungkin terjejas dengan berita bahawa jurulatih V. Sundramoorthy bakal meninggalkan kelab itu untuk menerajui skuad nasional.