Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala AFF: Pasukan Singa tiba di KL, bersedia hadapi Harimau Malaya

Dec 18, 2024 | 10:09 PM
Penyerang utama, Shawal Anuar (kiri) bersama pemain tengah Singapura, Shahdan Sulaiman tiba di tempat penginapan pasukan mereka di Kuala Lumpur.
Penyerang utama, Shawal Anuar (kiri) bersama pemain tengah Singapura, Shahdan Sulaiman tiba di tempat penginapan pasukan mereka di Kuala Lumpur. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Kurang 24 jam setelah menentang Thailand dalam perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 pada 17 Disember di tanah air, pasukan Singa kini tiba di Malaysia untuk meneruskan perjuangan mereka.

Pemain Singa - yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang 18 Disember - kelihatan tenang dan bersedia untuk berdepan dengan pasukan Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil pada 20 Disember.

Setelah dikalahkan pasukan Gajah Putih 4-2 di tempat sendiri, pasukan Singa perlu bangkit menentang Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut.

Pasukan Singa hanya perlu mengelak kekalahan untuk memastikan mereka dapat mencapai matlamat tersebut.

Penyokong Singapura boleh menghela nafas lega memandangkan penyerang utama Singapura, Shawal Anuar, yang kelihatan seperti telah mengalami kecederaan semasa menentang Thailand, masih bersama pasukan Singa di Kuala Lumpur.

Namun, kapten dan tonggak pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin masih tidak kelihatan.

Singapura kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A, dengan enam mata, dan pasukan Malaysia pula menduduki tempat ketiga dengan empat mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg