Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF Suzuki: Perjalanan SG berakhir, Thailand manfaat kesilapan benteng pertahanan

Nov 25, 2018 | 09:52 PM



KESILAPAN besar dari benteng pertahanan Singapura terbukti membawa padah apabila mereka kecundang 3-0 kepada Thailand sebentar tadi (25 November).



Kededua pasukan saling membalas serangan namun pasukan tuan rumah memanfaatkan kecuaian pemain Singa di separuh masa pertama untuk meletakkan mereka di hadapan.



Gol sendiri oleh Irfan Fandi meletakkan Thailand di hadapan pada minit ke-12 setelah pemain Singa gagal mengawal tendangan sudut pasukan lawan.



Penyerang muda Thailand, Supachai Jaided Thailand melebarkan jurang Thailand pada minit ke-23 selepas kesilapan besar dari Zulqrarnean Suzliman yang gagal menendang keluar bola dengan sempurna.



Penjaring terbanyak tahun ini, Adisak Kraisorn memastikan kemenangan Thailand di hadapan sekitar 30,000 penyokong sendiri di Stadium Rajamangala dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-89.



Gol tersebut sekali gus meranapkan impian Singapura yang memasuki perlawanan ini dengan matlamat mendapatkan kemenangan bagi memastikan peluang mara ke peringkat separuh akhir.



Dengan kekalahan ini, skuad negara juga telah disingkirkan dari peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki buat kali ketiga berturut-turut.



Singapura berada di tempat ketiga dengan 6 mata selepas empat perlawanan.



Kemenangan itu meletakkan Thailand di tempat pertama Kumpulan B dengan 10 mata, diikuti dengan Filipina dengan 8 mata yang hanya mampu seri 0-0 dengan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >