Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Hatrik Ronaldo buat Portugal dan Sepanyol seri 3-3

Jun 16, 2018 | 09:42 AM



SOCHI: Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik dramatik ketika menentang Sepanyol untuk membolehkan Portugal berkongsi mata selepas terikat 3-3 pada perlawanan pertama kumpulan B  Piala Dunia awal pagi tadi.

 

Penyerang Real Madrid itu  membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi sepakan penalti dan meledak gol kedua pada  awal babak kedua perlawanan.



Kapten Portugal itu  sekai lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, sekali gus menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3.



Dalam perlawanan yang menjadi tumpuan itu, Diego Costa memadamkan kelebihan jaringan awal Ronaldo menerusi gol penyamaan untuk Sepanyol pada minit ke-24.



Penyerang Altetico Madrid itu  sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-55. Sebelum itu, Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 apabila beliau melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang Manchester United De Gea.



Tiga minit kemudian, Nacho memberikan Sepanyol kelebihan menerusi gol ketiga, sekali gus memberi tekanan ke atas  juara Piala Eropah untuk bangkit.



Namun, Ronaldo membuktikan beliau   pakar sepakan percuma apabila bijak melencongkan bola ke penjuru kiri gawang Sepanyol untuk menmenyamakan kedudukan. – AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >