Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia Kelab bakal tampil dengan 32 pasukan mulai 2025

Dec 17, 2022 | 11:58 AM



DOHA: Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino mengumumkan perancangan untuk menganjurkan Piala Dunia Kelab dengan 32 pasukan bermula 2025 di sebalik tentangan daripada kelab ternama Eropah.



Infantino sudah lama mengidam untuk membesarkan pertandingan itu. Kejohanan dengan 24 pasukan, yang menampilkan lapan kelab dari Eropah, dirancang pada 2021 di China tetapi ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.



Infantino berkata, kejohanan berwajah baharu itu akan lebih besar berbanding rancangan asal.



"Kami bersetuju beberapa tahun lalu untuk menganjurkan Piala Dunia Kelab dengan 24 pasukan. Ia patut diadakan pada 2021 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Covid-19.



"Kejohanan baharu ini akan dilangsungkan pada tahun 2025 dan menampilkan 32 pasukan, menjadikannya benar-benar seperti Piala Dunia," kata presiden badan induk bola sepak dunia itu pada Piala Dunia di Doha pada Jumaat (16 Disember).



Laporan media Britain minggu ini menyebut, kelab Eropah menolak cadangan FIFA untuk melancarkan kejohanan berwajah baharu itu.



Kesatuan pemain bola sepak profesional dunia FIFPro turut membantah mengenai perancangan baharu itu.



Kejohanan baharu itu akan diadakan setiap empat tahun sekali bukannya secara tahunan seperti kejohanan semasa yang menampilkan tujuh pasukan.



"Edisi pertama akan berlangsung pada 2025 pada musim panas dan mengambil slot Piala Konfederasi yang kita anjurkan sebelum ini.



"Ia pasti lama sedikit kerana ada 32 pasukan tetapi hanya pasukan terbaik di dunia akan dijemput untuk menyertainya," katanya.



Infantino berkata, Piala Dunia Kelab tahun depan, yang diadakan menerusi format semasa, akan diadakan di Maghribi dari 1 hingga 11 Februari 2023. – Berita Harian Malaysia (BHM)/AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >