Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA QATAR 2022

Fifa ambil tindakan tatatertib terhadap Uruguay

Dec 07, 2022 | 05:40 AM



AL-WAKRAH: Fifa telah membuka prosiding tatatertib terhadap persatuan bola sepak (FA) Uruguay dan empat pemain tentang kelakuan mereka pada penghujung perlawanan terakhir kumpulan Piala Dunia menentang Ghana.



Pemain Uruguay bertindak balas dengan perasaan marah apabila perlawanan tamat.



Mereka berhadapan dengan pengadil selepas mereka tidak diberikan penalti selepas penyerang Uruguay Darwin Nunez dijatuhkan pemain Ghana Alidu Seidu.



Empat lagi pemain Uruguay, Jose Maria Gimenez, Edinson Cavani, Fernando Muslera dan Diego Godin, mungkin dihukum kerana melanggar kod disiplin Fifa yang berkaitan dengan tingkah laku menyinggung perasaan dan salah laku.



Cavani dirakam menolak monitor di tepi padang ketika beliau berjalan menuruni terowong selepas perlawanan.



Uruguay menewaskan Ghana 2-0 tetapi gagal menjamin tempat pada pusingan 16 pasukan terakhir, menduduki tangga ketiga di belakang Korea Selatan dalam Kumpulan H.



Walaupun Uruguay dan Korea Selatan mempunyai markah yang sama, iatu empat, Korea Selatan menduduki tangga kedua kerana ia berjaya menjaringkan empat gol, dua lebih daripada Uruguay.



Ini bermakna dari segi jumlah gol dijaring, Korea Selatan layak ke pusingan seterusnya dan Uruguay tersingkir daripada Piala Negara.



FA Uruguay mungkin juga dihukum kerana pelanggaran kod yang sama, serta satu lagi yang berkaitan dengan diskriminasi.



Fifa juga membuka prosiding terhadap FA Serbia berkaitan beberapa kejadian semasa kalah 2-3 kepada Switzerland dalam perlawanan terakhir Kumpulan G.



Fifa tidak menyatakan kejadian berkenaan, tetapi penyokong diberitahu semasa perlawanan agar "menghentikan semua nyanyian dan gerak isyarat yang mendiskriminasi".



Serbia sudah pun disiasat oleh Fifa selepas ia menggantung bendera kontroversi yang menggambarkan Kosovo di bilik persalinan sebelum kalah kepada Brazil pada awal kejohanan.



Bendera itu menunjukkan garis bentuk Kosovo, seperti yang ditunjuk di sebuah peta, dipenuhi dengan warna-warna daripada bendera Serbia, dengan perkataan 'tidak menyerah'.



Ketegangan semakin memuncak antara Serbia dengan Kosovo, dengan ramai berasa bimbang bahawa keganasan boleh meletus semula, 23 tahun selepas perang Kosovo.



Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008 tetapi Serbia - sekutu tradisional Russia - tidak mengiktirafnya sebagai negara merdeka.



Persekutuan Bola Sepak Kosovo (FFK) mengemukakan aduan kepada Fifa terhadap tindakan Serbia melibatkan bendera tersebut.



Dalam satu kenyataan, FFK berkata: "Tindakan seperti itu tidak mempunyai tempat dalam acara sukan, dan di tempat di mana acara terbesar bola sepak dunia berlangsung.



Oleh itu FFK, sebagai ahli yang sama dengan semua ahli Fifa yang lain, menuntut daripada institusi ini agar mengambil langkah terhadap tindakan yang menimbulkan kebencian antara orang dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan."



FFK juga menambah: "Kami memohon agar Fifa melaksanakan peraturannya dengan tegas dan menghukum persekutuan bola sepak Serbia atas tindakan agresif ini dan bertentangan dengan nilai-nilai yang disampaikan oleh bola sepak." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >