Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Qatar, Ecuador kejar kemenangan pertama

Nov 19, 2022 | 12:40 PM



LONDON: Pendatang baharu Piala Dunia, Qatar dan skuad dengan kelayakan paling rendah Amerika Selatan, Ecuador masing-masing tahu pertemuan tengah malam Ahad (20 November) adalah peluang terbaik untuk mereka menang dalam Kumpulan A sebelum berdepan lawan lebih menakutkan.



Masing-masing berkedudukan ke-50 dan 44 dunia, Qatar dan Ecuador akan melakukan sebaik mungkin selepas menyedari mereka pasti sukar menjadi satu daripada dua pasukan yang layak tanpa kemenangan di Stadium Al Bayt - gelanggang sepak mula pertama Piala Dunia di Timur Tengah.



Juara Afrika, Senegal dan pasukan gergasi kejohanan empat tahun sekali itu, Belanda menanti mereka selepas ini.



Setiap satu daripada mereka ada sebab tersendiri untuk merasa yakin.



Qatar ada skuad yang paling lama bergabung, menewaskan beberapa pasukan dari Amerika Tengah dalam aksi persahabatan dan masih yakin selepas meraih gelaran Piala Asia 2019.



Walaupun banyak pihak menjangkakan Qatar akan dibelasah dalam semua tiga perlawanan, penyokong tuan rumah menyedari penyerang Akram Afif dan Almoez Ali masing-masing berbakat dan berpengalaman selain berdoa mereka boleh menembusi Ecuador yang juga bergelut di depan gawang.



Secara jelas, saya tidak bercakap mengenai Qatar menang Piala Dunia, tetapi bersaing pada tahap yang bagus menentang tiga lagi pasukan menjadi cabaran kami," kata jurulatih, Felix Sanchez.



"Ini ialah bola sepak dan anda tidak tahu apa yang akan berlaku."



Ecuador pula jelas adalah pasukan pilihan esok, selepas berjaya menempatkan diri sebagai pasukan keempat yang juga terakhir daripada kempen kelayakan dianggap paling mencabar di dunia.



Mereka ditambah dengan kehadiran nama-nama yang lebih besar berbanding Qatar, termasuk pemain tengah Liga Perdana, Moises Caicedo dan penyerang veteran, Enner Valencia.



"Percayalah kepada kami! Kami bekerja keras sebaik mungkin untuk memberikan kegembiraan kepada seluruh negara kami," kata Valencia.



Kedua-dua pasukan akan cuba tidak mempedulikan majlis gilang gemilang pembukaan dan tekanan penonton global seterusnya fokus berbanding normal dalam aksi yang kurang diperkatakan itu.



Walaupun jika tewas, Qatar pastinya mahu mengelak malu dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya layak mendapat tempat selepas kritikan terhadap FIFA yang memberikan hak tuan rumah kepada negara yang tidak pernah layak sebelum ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >