Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan akan temu England dalam final

YOKOHAMA, JEPUN - Tendangan penalti pemain Afrika Selatan, Handre Pollard, memberi pasukannya kemenangan 19-16 ke atas Wales dalam perlawanan separuh akhir Ragbi Piala Dunia di Yokohama hari ini  (27 Oktober).

Selepas permulaan yang kurang baik daripada kedua-dua pasukan, pasukan Springboks Afrika Selatan mendahului perlawanan setelah 15 minit menerusi tendangan penalti Pollard. 

Pemain ‘fly-half’ Wales, Biggar, kemudian menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian, namun Pollard menyerang lagi, hingga membolehkan Springboks meraih lebih banyak mata.

Afrika Selatan akan menentang England dalam perlawanan akhir Sabtu ini (2 November), sementara Wales akan menentang New Zealand Jumaat (1 November) untuk menentukan tempat ketiga.

Wales tidak pernah memasuki peringkat akhir Ragbi Piala Dunia sedangkan Afrika Selatan pernah memenanginya pada 1995 dan 2007, dan berharap dapat mengulangi kemenangan itu tahun ini. -AFP.

Galeri Foto