Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Tempat ketiga satu legasi bola sepak Belgium, kata Martinez

Jul 15, 2018 | 01:55 PM



ST PETERSBURG  - Belgium menewaskan England 2-0 untuk meraih tempat ketiga Piala Dunia pada Sabtu  --  kemenangan terbaik mereka di Piala Dunia.



Gol minit keempat oleh Thomas Meunier dan tendangan Eden Hazard pada minit ke-82 menghasilkan kemenangan Belgium bagi tempat ketiga -- membaiki prestasi selepas menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia di Mexico pada 1986.



"Ini semua tentang pencapaian itu. Saya rasa pemain-pemain ini wajar memenanginya,"kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez.



England menguasaia permainan separuh masa kedua tetapi kapten Harry Kane kelihatan penat, ketajaman serangan Belgium menjadi penentu kemenangan.



"Permainan ini menunjukkan terdapat ruang untuk diperbaiki," kata Kane.



"Masih banyak boleh dibaiki dan kami akan bertambah baik.

"Kami tidak mahu tunggu 20 tahun lagi untuk masuk ke separuh akhir dan perlawanan besar. Kita perlu memperbaiki, kita perlu jadi lebih baik dan ini akan berlaku, "katanya.



Kemenangan tempat ketiga di Piala Dunia pada Sabtu (14 Julai) meninggalkan legasi kuat bagi bola sepak Belgium, kata Martinez.



"Kami menetapkan satu mercu tanda dan ia yang betul-betul patut dicapai oleh pemain-pemain ini," katanya selepas kemenangan 2-0 ke atas England di Stadium Saint Petersburg.



"Kami mahu menang. Jelas sekali, apabila anda mengalahkan Brazil dan anda masuk ke separuh akhir, fokusnya adalah cuba memenangi Piala Dunia. Tetapi kami juga perlu realistik dan apabila anda melihat ke belakang, pemain ini merakam sejarah bagi Belgium,"kata Martinez.



Ia merupakan pencapaian terbaik Belgium dalam Piala Dunia sejak menduduki tempat ke empat dalam Piala Dunia 1986 di Mexico.



"Ia adalah satu kembara yang berjaya, tetapi dalam bola sepak anda perlu melihat ke hadapan dan melihat bagimana memperbaiki peluang seterusnya," kata beliau.



Martinez berkata Belgium kini perlu bekerja di struktur junior mereka dan mendapatkan pasukan kumpulan umur mereka mencatat lebih banyak kemenangan. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >