Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Uruguay akhiri ‘badi’ kerana Salah tak main

Jun 16, 2018 | 09:58 AM



YEKATERINBURG: Jurulatih veteran Oscar Tabarez berkata Uruguay berjaya “menamatkan badi” sering kalah dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia dengan menewaskan Mesir 1-0 disebabkan pemain sensasi  Mohamed Salah hanya menjadi penonton di bangku simpanan.



Dalam perlawanan semalam itu, pemain pertahanan Jose Gimenez menjadi wira Uruguay kerana menjaringkan gol pada minit ke-89  selepas menerima bola hasil sepakan percuma  Edinson Cavani.



Uruguay berada di tangga kedua Kumpulan A di belakang Russia, yang mencatat  kemenangan bergaya 5-0 ke atas   Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan pembukaan  semalam.



Uruguay  sebelum ini tidak pernah menang perlawanan pertamanya di pusingan akhir Piala Dunia sejak 1970.



Biarpun pada peringkat awal perlawanan Uruguay nampak buntu mencari sentuhan penyudah,  Gimenez, yang juga bintang Atletico Madrid, akhirnya berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan kencang yang mengecewakan penyokong Mesir.



Selain  kelibat Salah  hanya memanaskan bangku simpan, Mesir  dihambat kontroversi apabila sebahagian besar tempat duduk di Yekaterinburg Arena yang dikhaskan bagi peminat dari negara itu   kelihatan kosong, sekali gus memalukan FIFA dan penganjur tempatan.



Namun, bukan itu yang menjadi kebimbangan Tabarez, 71 tahun.



“Apabila pemain kembali daripada memanaskan badan, saya berkata   mereka, “semua peminat Uruguay mahukan kita menang perlawanan ini, tetapi hanya kamulah yang boleh merealisasikannya”.



“Ini adalah bola sepak dan apabila tiba masanya kami akan melakar sejarah dan menamatkan badi itu.



“Kami perlu meneruskan pejuangan demi kemajuan. Kami sudah melakar  kejayaan pertama tetapi tidak boleh berpuas hati setakat itu sahaja,” kata Tabarez,  yang  anak buahnya akan   menentang Arab Saudi pada perlawanan kedua. –  AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >