Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Europa: Liverpool seri, Tottenham kalah

Oct 23, 2015 | 09:15 AM



JÜRGEN Klopp masih memburu kemenangan sulung sebagai pengurus Liverpool selepas perlawanan pertamanya di Anfield berakhir dengan seri 1-1 bersama Rubin Kazan, yang bermain dengan 10 pemain, dalam Piala Europa.


Liverpool ketinggalan menerusi jaringan Marko Devic dalam perlawanan pada Jumaat (23 Okt) itu, tetapi bangkit menerusi Emre Can dalam masa satu minit pemecatan kapten Rubin, Oleg Kuzmin.


The Red menguasai babak kedua tetapi gagal menghasilkan sebarang gol.


Tottenham Hotspur menghadapi nasib lebih buruk, kalah 2-1 kepada Anderlecht, yang tewas kepada pasukan yang sama dalam final kejohanan ini pada 1984.


Spurs mendahului apabila percubaan tidak kemas Serigne Mbodji menjauhkan bola dari gawang Anderlecht memberi Christian Eriksen peluang mudah menjaringkan gol.


Anderlecht menyamakan kedudukan apabila satu tendangan sudutnya memberi bola kepada Guillaume Gillet yang mengawalnya sebelum menyumbatkan gol.


Lima belas minit sebelum tamat perlawanan, Stefano Okaka menjaringkan gol kemenangan Anderlecht.


Sementara itu, Pierre-Emerick Aubameyang mencatatkan hatrik dalam kemenangan 3-1 Dortmund ke atas Qabala.


Gol pasukan Azerbaijan itu dijaringkan Dodo dalam masa tambahan.


Antara keputusan lain: Schalke 04 2 Sparta Praha 2; Gronigen 1 Liberec 1; Celtic 1 Molde 3; Ajax Amsterdam 0 Fenerbahce 1. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >