Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Europa: Man U dapat gol seri berharga di Russia

Mar 10, 2017 | 11:45 AM



ROSTOV-ON-DON (Russia): Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol berharga di tempat lawan apabila Manchester United seri 1-1 dengan Rostov dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan Liga Europa pada Khamis (9 Mac).



Mkhitaryan menyumbatkan gol pembukaan 10 minit sebelum rehat di padang Stadium Olimp 2 yang teruk, yang membuat pengurus United, Jose Mourinho, marah pada malam perlawanan.



Tetapi Aleksandr Bukharov menyamakan kedudukan bagi pasukan tuan rumah pada minit ke-53, sekali gus menghidupkan peluang Rostov menjelang perlawanan kedua minggu depan di Old Trafford.



Mourinho melakukan tujuh pertukaran pada skuadnya yang seri dengan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.



Mkhitaryan antara pemain yang dimasukkan semula dalam kesebelasan utama.



Sementara itu, FC Copenhagen menewaskan Ajax 2-1 di Denmark, dengan Rasmus Falk meletak pasukan tuan rumah di depan dalam satu minit.



Kasper Dolberg menyamakan kedudukan bagi kelab gergasi Belanda itu, tetapi Andreas Cornelius kemudian menanduk masuk gol kemenangan untuk Copenhagen.



Anderlecht pula menewaskan APOEL 1-0 di Cyprus, dengan gol oleh Nicolae Stanciu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >