LONDON: Penyerang pasukan Rochdale daripada Liga Satu England, Steve Davies, mengikat pasukan pilihan daripada Liga Perdana England, Tottenham Hotspur, dengan keputusan seri 2-2 dalam pusingan kelima Piala FA yang berlangsung tengah malam semalam (waktu Singapura).
Pada awalnya kelihatan seperti gol penalti oleh pemain gantian Tottenham, Harry Kane, telah mengukuhkan kedudukan pasukannya untuk melangkah ke pusingan suku akhir.