Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Piala FA: Liverpool, Tottenham mara ke pusingan keempat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Piala FA: Liverpool, Tottenham mara ke pusingan keempat

Jan 21, 2016 | 08:00 AM

LONDON: Liverpool mengatasi kelab divisyen empat Exeter City 3-0 pada Rabu (20 Jan) untuk menemui West Ham United dalam pusingan keempat Piala FA, manakala Tottenham Hotspur menang 2-0 di Leicester City.

Liverpool seri 2-2 di Exeter dalam pertemuan pertama mereka dalam pusingan ketiga dan kelab Liga Dua itu memberi satu lagi saingan baik dalam perlawanan ulangan di Anfield.

Namun kali ini, pasukan Jurgen Klopp menang hasil jaringan Joe Allen, pemain gantian berusia 18 tahun Sheyi Ojo dan Joao Teixeira.

Di Stadium King Power Leicester, pemain Korea Selatan Son Heung-Min menghasilkan satu gol cemerlang dan membantu Tottenham menjaringkan gol kedua untuk menang 2-0, sekali gus menjamin tempat dalam pusingan keempat, bertemu kelab divisyen tiga Colchester United.

Gol kedua Tottenham dihasilkan apabila Son menghantar bola dengan baik kepada Nacer Chadli yang menyumbatkan gol.

Dalam pertemuan pertama pusingan ketiga, Tottenham dan Leicester seri 2-2. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3