Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Piala FA: Manchester United kalahkan West Ham 2-1

Apr 14, 2016 | 07:08 AM

LONDON: Manchester United akan berdepan dengan Everton dalam separuh akhir Piala FA di Wembley selepas menunjukkan kelas dan kemudian watak untuk menewaskan West Ham United 2-1.

Dalam perlawanan Piala FA terakhir di Upton Park sebelum West Ham pindah ke Stadium Olimpik, pengurus United, Louis van Gaal, sekali lagi menghasilkan keputusan baik apabila beliau amat memerlukannya.

Marcus Rashford membolehkan United mendahului dalam perlawanan ulangan suku akhir ini selepas 54 minit, apabila pemain berusia 18 tahun itu mendapatkan bola hantaran Anthony Martial lalu menendang masuk menewaskan penjaga gol West Ham, Darren Randolph.

Marouane Fellaini menambahkan gol selang 13 minit dengan memanfaatkan hantaran Martial.

James Tomkins menanduk bola masuk bagi West Ham 11 minit sebelum perlawanan tamat. - Agensi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3