Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Tottenham, Arsenal dan Man City masuk separuh akhir

Mar 13, 2017 | 07:48 AM



LONDON: Tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) - Tottenham, Arsenal dan Man City - mara ke separuh akhir Piala Liga setelah memenangi perlawanan massing-masing hujung minggu lalu.



Pada Ahad (12 Mac), kecederaan ke atas Harry Kane mencemari pesta Tottenham, yang membelasah kelab divisyen tiga Millwall 6-0 di White Hart Lane.



Pemain antarabangsa England itu, penjaring terbanyak bersama EPL, terpaksa keluar padang dengan berjalan pincang selepas terjatuh dan mengalami kecederaan buku lali dalam cabaran pada minit keenam.



Namun, kehilangannya tidak dirasakan Tottenham, dengan Son Heung Min menjaringkan hatrik cemerlang dan pengganti Kane, Christian Eriksen, juga menyumbatkan gol cantik sebelum Dele Alli dan pemain gantian Vincent Janssen turut membolosi gawang Millwall.



Kemenangan tersebut peristiwa emosi di stadium bersejarah berusia 118 tahun Tottenham itu, yang akan ditinggalkan mereka pada akhir musim ini. Ia perlawanan Piala FA terakhir di White Hart Lane.



Sabtu (11 Mac) lalu, Arsenal dan Manchester City juga melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan kemenangan meyakinkan.



Arsenal mengalahkan Lincoln City 5-0, sementara City menundukkan Middlesbrough 2-0.



Pada Selasa (14 Mac), Chelsea dan Manchester United akan pertemu di Stamford Bridge dalam satu lagi perlawanan suku akhir bagi merebut tempat terakhir separuh akhir. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >