Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: City, Everton dan Stoke masuk separuh akhir

Dec 02, 2015 | 09:01 AM



LONDON: Kevin De Bruyne menjaringkan dua gol bagi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, mengalahkan Hull City 4-1 pada Selasa (1 Dis) untuk memasuki separuh akhir Piala Liga.


Dua lagi gol City dijaringkan oleh Wilfried Bony dan Kelechi Iheanacho.


Gerard Deulofeu pula menjadi bintang dalam kemenangan 2-0 Everton ke atas Middlesbrough, dan Stoke City menewaskan Sheffield Wednesday 2-0.


Bekas pemain sayap Barcelona berusia 21 tahun itu memecah kebuntuan dengan menggelecek antara dua pemain pertahanan dan membuat rembatan rendah untuk menjaringkan gol pertama Everton.


Lapan minit kemudian, beliau membantu menghasilkan gol kedua Everton, dengan membuat hantaran baik yang dimanfaatkan Romelu Lukaku untuk memasukkan gol keenamnya dalam lima perlawanan.


Peter Crouch terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring pada peringkat awal perlawanan Stoke menentang Sheffield, tetapi penggantinya, Joselu, mengumpan bola kepada Ibrahim Afellay yang menjaringkan gol pembukaan Stoke.


Phil Bardsley memastikan kemenangan Stoke dengan menyumbat gol daripada satu sepakan percuma.


Ini kali pertama Stoke mara ke separuh akhir sejak memenangi kejohanan itu pada 1972.


Dengan ini, semua empat pasukan dalam separuh akhir Piala Liga adalah daripada Liga Perdana kerana pasukan terakhir ialah antara Liverpool atau Southampton, yang akan bertemu pada Rabu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >