Piala Liga: Liverpool, Arsenal mara ke suku akhir

LONDON: Daniel Sturridge membawa Liverpool ke suku akhir Piala Liga dengan dua gol klinikal dalam kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada Selasa (25 Okt).

Sturridge membuka jaringan pada minit kesembilan dan menggandakan kedudukan 20 minit selepas rehat, sebelum penyerang Spurs, Vincent Janssen, merapatkan jurang melalui gol penalti lewat dalam perlawanan.

Alex Oxlade-Chamberlain juga menjaringkan dua gol bagi Arsenal apabila mereka melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Reading.

Newcastle United berpesta enam gol ke atas Preston North End, yang bermain dengan 10 pemain.

Hull City menang 2-1 di Bristol City melalui gol Harry Maguire dan Michael Dawson, sementara Lee Tomlin menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk tuan rumah.

Perlawanan Leeds United di tempat sendiri menentang Norwich City memasuki masa tambahan dengan perlawanan terikat 1-1. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.