Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: 5 anggota pasukan M’sia, Kemboja sah positif Covid-19

Dec 10, 2021 | 09:40 PM



SERAMAI lima individu dalam gelembung kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 di sini telah diuji positif bagi Covid-19, kata Jawatankuasa Penganjur Tempatan.





Dalam kalangan kes positif itu, tiada varian Omicron yang dilaporkan sehingga kini.





Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) pada Jumaat (10 Disember), Jawatankuasa Penganjur Tempatan Piala Suzuki AFF 2020 berkata lima kes positif tersebut – yang merangkumi empat anggota pasukan Malaysia dan seorang anggota pasukan Kemboja – kini sedang menjalani pengasingan.





Jawatankuasa Penganjur Tempatan berkata:





“Kami sedang memantau individu ini dan memantau keadaan mereka setiap hari...Sehingga kini, tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa kes (Covid-19) yang aktif adalah kes varian Omicron.





“AFF dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tertentu mengenai langkah yang sesuai, termasuk peraturan yang lebih ketat, sekiranya terdapat peningkatan dalam bilangan kes.”





Di sidang media, jurulatih Malaysia Tan Cheng Hoe mengesahkan empat daripada skuad seramai 24 pemainnya kini diuji positif bagi koronavirus.





Ketiadaan pemain sayap kelab Johor Darul Takzim Akhyar Rashid ketika Harimau Malaya membelasah Laos 4-0 di Stadium Bishan malam semalam menimbulkan tanda tanya.





Akhyar, yang dinobat Pemain Terbaik dalam kemenangan 3-1 Malaysia ke atas Kemboja Isnin lalu, tidak disenaraikan dalam barisan kesebelasan utama mahupun bangku simpanan pasukan.





Menjelaskannya kepada media semalam, Tan, berkata:

“Sudah tentu Akhyar bermain dengan amat baik pada perlawanan terdahulu tetapi disebabkan diuji positif Covid-19, dia tidak dapat diturunkan petang ini.





“Saya harap beliau kembali pulih dan segera dapat menyertai pasukan semula selepas ini.”





Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberitahu media Malaysia bahawa pemain Selangor FC, Quentin Cheng, turut disahkan positif Covid-19 pada ujian saringan waktu yang sama.





Sebelum ini, penjaga gol Khairulazhan Khalid dan pemain sayap Faisal Halim dilaporkan positif bagi Covid-19.





Mereka disahkan positif pada 3 Disember lalu ketika mengambil Ujian Ketika Tiba (OAT) sejurus tiba di sini dari Kuala Lumpur, jelas Jawatankuasa Penganjur Tempatan dalam responsnya kepada akhbar ini.





Baki kes positif daripada pasukan Kemboja tidak dikenal pasti sebagai pemain, kakitangan jurulatih atau pegawai pasukan itu.





Jawatankuasa itu juga memberitahu BH bahawa seorang pemain Myanmar juga telah ditempatkan dalam pengasingan sebelum ini.





Namun, dia kini bebas untuk berlatih dan beraksi dalam perlawanan.





“Seorang pemain Myanmar juga sebelum ini telah ditempatkan dalam pengasingan tetapi keputusannya (bagi Covid-19) dipadamkan pada 6 Disember kerana ia adalah positif palsu,” tambah Jawatankuasa Penganjur Tempatan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >