Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki AFF: Juara bertahan Vietnam buka kempen menang 2-0 menentang Laos

Dec 06, 2021 | 11:08 PM



VIETNAM memulakan pertahanan kejuaraan Piala Suzuki AFF mereka menewaskan Laos 2-0 di Stadium Bishan pada Isnin (6 Disember).



Vietnam - yang bermula tanpa pemain bintang, penyerang Nguyen Quang Hai - menguasai sebahagian besar permainan dan kelihatan menjaringkan gol setiap kali mengancam benteng pertahanan pasukan Laos kendalian jurulatih kelahiran Singapura V. Selvaraj. 



Namun, Vietnam hanya berjaya menembusi pertahanan Laos yang gigih pada minit ke-26.



Nguyen Cong Phuong meledakkan gol tenang ke sudut bawah gawang selepas hantaran Nguyen Phong Hong Duy menemui penyerang itu di tengah kotak penalti.



Gol kedua Vietnam muncul pada minit ke-55 hasil jaringan Phan Van Duc yang menanduk hantaran lintang Ho Tan Tai.



Phan juga dipilih Pemain Terbaik Perlawanan.



Vietnam sepatutnya dapat memperluaskan lagi kedudukan mereka di depan apabila dihadiahkan tendangan penalti.



Pemain Laos Chitpasong Latthachack diberikan foul kerana menggunakan tangan dalam kotak penalti.



Sepakan penalti pemain pertahanan Vu Van Thanh yang agak lemah namun berjaya diselamatkan penjaga gol Laos Keo Souvannasangso.



Kemenangan di depan 812 penonton yang hadir malam ini meletakkan Vietnam di tempat kedua Kumpulan B, di belakang pendahulu Malaysia, yang juga mengumpul tiga mata penuh.



Kededua pasukan memiliki perbezaan gol yang sama - dua gol.



Awal sebelum itu, Malaysia mengalahkan Kemboja 3-1. 



Kumpulan B akan kembali beraksi pada Khamis ini di Stadium Bishan. Malaysia bertemu Laos pada 5.30 petang, sementara Indonesia menentang Kemboja pada 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >